Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

LAUK

Kari Sotong Nanas

Kari Sotong Nanas

Sumber : http://www.myresipi.com

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg sotong – cuci bersih / toskan
  • 1 biji nanas (kecil) potong ikut citarasa
  • 2 paket kecil serbuk kari ikan
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • * 3 jenis bawang di hiris nipis
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 cawan penuh santan (sederhana pekat)
  • 1 sudu teh asam jawa adabi@asam keping
  • 1 sudu teh halba campur
  • 6 biji cili padi (potong menyerong)
  • 1 tangkai daun kari
  • serbuk perasa & garam (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan :

  1. Panaskan 1/3 cawan minyak
  2. Tumiskn 3 jenis bawang, serai, halba campur dan daun kari (api sederhana) sehingga naik bau (tidak perlu garing)
  3. Masukkan serbuk kari (tidak perlu bancuh dengan air), kecilkn api, terus kacau dan masukkan 1 cawan air panas
  4. Kacau rempah selalu (guna api sederhana semula) sehingga rempah mngeluarkan aromanya dan pecah minyak
  5. Masukkan asam jawa, dikuti santan. Bila santan mendidih, masukkan nanas dan cili api
  6. Agak-agak nanas hampir lembut masukkan sotong, garam & serbuk perasa (kecilkn api). Biar kari mereneh selama 5 minit dan tutup api.
Udang Thai dan Kari Nanas

Udang Thai dan Kari Nanas

Sajian untuk 2 orang | Tempoh penyediaan: 15 minit | Tempoh Memasak : 5 Minit

Bahan-bahan

1 ½ sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar Pes Kari Merah Thai (yang sedia terjual)
½ cawan Santan
½ cawan Air
3 – 4 helai Daun Limau Purut, Dititik (pilihan)
8 auns Udang Dibuang Kulit Dan Perut (ekor dibiarkan)
1 cawan Kiub Nanas
½ sudu besar Sos Ikan
½ sudu besar Gula / Gula Kabung
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak dalam. Apabila minyak sudah panas, masukkan pes kari dan kacau sehingga bangkit aroma. Pastikan pes sentiasa dikacau untuk mengelakkan hangit.
  2. Masukkan santan, air dan daun limau purut sehingga mendidih. Masukkan semua udang dan nanas dan biarkan masak selama kira-kira 5 minit atas api sederhana.
  3. Tambahkan sos ikan, gula, dan jus limau nipis, kacau dan gaul sebati.
  4. Tutup api dan hidangkan dengan nasi kukus.

Nota tukang masak:

Anda boleh menggunakan nanas dalam tin untuk menyediakan hidangan ini. Pilih Nanas gegelang dan potong kiub.

Klik di sini untuk melihat lebih resepi berasaskan nanas.

Masak Lemak Nanas Muda dengan Ikan Panggang

Masak lemak Nanas Muda dengan Ikan Panggang

Bahan-bahan

1 biji Nanas muda – dikuoas dan dicincang memanjang
3 biji Cili merah – dibuang bijinya & potong memanjang
3 biji Cili hijau – dibuang bijinya & potong memanjang
3 papan Petai – dikupas
2 mangkuk Santan kelapa
1 biji Bawang besar – dibelah 8
10 ulas Bawang merah – ditumbuk
4 ekor Ikan sardin – dipanggang, buang tulang dan ditumbuk
1 sudu teh Lada hitam – ditumbuk halus

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renihkan selama 10 minit
2. Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan

Resepi Oleh: Chef Zamani

Sambal Udang Kering Nanas

Bahan-bahan

300 gm Udang kering dikisar kering

Rempah-rempah dikisar halus
500 gm Nanas
8 ulas Bawang putih
2 batang Serai yang bahagian putih dan lenbut
3 cm Halia
3 cm Lengkuas muda
3 cm Belacan yang telah dipanggang
10 tangkai Cili merah segar
1 cawan Minyak masak untuk menumis
2 sudu Jus limau kasturi

gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah sampai masak dan kering
2. Masukkan udang kering dan kacau goreng.
3. Masukkan gula, garam, dan jus limau masak dengan api yang perlahan. pastikan warna cantik dan berminyak sedikit.
4. Tapiskan minyak dan sejukan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Resepi Oleh: Chef Ismail

Kerabu Nanas Tropika

Bahan-bahan

1 biji Nanas dipotong kecil
1 biji Buah naga didadu
2 biji Timun jepun didadu
5 ulas Bawang merah dihiris
2 batang Serai dihiris
1 batang Bunga kantan dihiris
3 tangkai Cili merah dihiris
3 tangkai Cili hijau dihiris
1 cawan Sos nanas
Air limau nipis secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Tumis (digaul rata)
300 g daging cincang
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Daging cincang digoreng tanpa minyak hingga kering
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata
3. Bolehlah dihidangkan

Resepi Oleh: Chef Zaidah

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 3 Jun 2021 pada 09:48:00

00896
Hari ini : 604
Bulan ini : 896
Jumlah Kunjungan : 896
Who's Online : 6
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram