Logo-BM
MENU

FUNGSI BAHAGIAN

SEKTOR PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan pengurusan dan pentadbiran organisasi, merangkumi pengurusan am, pengurusan sumber manusia, aset & stor, perolehan dan kewangan & akaun

Bahagian Perancangan Strategik

Merangkumi penyelarasan dasar, pengurusan bajet pembangunan, penyediaan perancangan jangka pendek dan panjang, penyelarasan dan permohonan peruntukan pembangunan tahunan, pemantauan pelaksanaan projek-projek LPNM serta aktiviti kajian sosio-ekonomi dan pembangunan.

Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program penanaman nanas sebagai core business LPNM dan program-program pengembangan dan khidmat nasihat teknikal serta pemindahan teknologi tanaman nanas kepada penanam dan pengusaha nanas.

Bahagian Pemasaran dan Industri Asas Tani

Merancang, merangka dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pemasaran nanas dan produk-produk berasaskan nanas, yang meliputi pameran dan promosi dan luar Negara, dan pembangunan usahawan serta industri asas tani (IAT) berkaitan nanas

Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi

Bertanggungjawab dalam kajian yang berkaitan dengan pembangunan dan penambahbaikan produk-produk dan penemuan-penemuan baru industri hiliran berasaskan nanas, dan yang berkaitan dengan pembangunan kaedah bioteknologi.

Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas

Merancang dan melaksanakan aktiviti pembiakbakaan benih nanas dan pembangunan teknologi tanaman nanas melalui penyelidikan dengan usahasama agensi penyelidikan dan varieti nanas serta membangunkan Pusat Agropelancongan.



SEKTOR OPERASI
Bahagian Khidmat Pengurusan

Bertanggungjawab terhadap keseluruhan perjalanan pengurusan dan pentadbiran organisasi, merangkumi pengurusan am, pengurusan sumber manusia, aset & stor, perolehan dan kewangan & akaun.

Bahagian Pelesenan dan Inspektorat

Melaksanakan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan Akta untuk mengawalselia semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan industri nanas meliputi aspek penyelarasan buah nanas, penghantaran, pemprosesan & kawalan mutu keluaran industri.

Bahagian Kejuruteraan

Bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan sokongan kejuruteraan berhubung dengan pembangunan infrastruktur di lapangan dan penyelenggaraan kemudahan fizikal LPNM khususnya dalam bangunan ibupejabat dan pejabat-pejabat cawangan LPNM.



SEKTOR PEMATUHAN DAN PENILAIAN
Unit Audit Dalam

Merancang dan melaksanakan program-program pengauditan bagi membantu pengurusan LPNM dalam mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada pekeliling, peraturan dan prosedur yang ditetapkan; menentukan program dan aktiviti pembangunan diurus dengan cekap, berkesan, bersesuaian dan ekonomik serta mematuhi sistem-sistem dan prosedur-prosedur organisasi yang telah ditetapkan

Unit Integriti

Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha kawalan dalaman berkaitan integriti dan memastikan pengamalan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta membendung salahlaku jenayah dan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan anggota LPNM.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 18 April 2024 pada 16:08:55

0652997
Total Visit : 652997
Who's Online : 56
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram