Logo-BM
MENU

DAPUR NANAS

Chef Nur Ain Nabilah binti Abdullah


Chef Nur Ain Nabilah binti Abdullah

Resepi Ayam Goreng Nanas

Bahan-bahan :
Bahan A

  • Ayam 1 ekor
  • Tepung goreng serbaguna

Bahan B

  • Lada benggala merah 1biji – dipotong dadu
  • Lada benggala hijau 1biji – di potong dadu
  • Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri – dicincang kasar
  • Nanas MD2 separa masak 1 biji – ½ biji dikisar kasar, ½ di potong dadu
  • Bawang merah 1biji – dicincang kasar
  • Bawang putih 4ulas – dicincang kasar
  • Garam – secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara :

Bahan A
1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Basuh ayam sehingga bersih dan potong ikut saiz yang berkenan
3. Bancuhkan tepung goreng serba guna (bancuhan pekat) dan perapkan seketika ayam di dalam bancuhan tersebut.
4. Setelah itu golekkan ayam tersebut dengan tepung goreng serbaguna yang kering dan terus gorengkan

Bahan B
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan cili padi yang telah dicincang kasar, setelah matang masukkan kisaran buah nanas, masak sehingga bau manis dan bau nanas naik, gaul rata dan biarkan sebati
2. Setelah sebati, masukkan lada benggala, nanas yg di potong dadu dan garam secukup rasa.
3. Biarkan sebentar sehingga mendidih. Selepas siap, masukkan ayam goreng tersebut ke dalam kuah nanas yang telah siap dimasak, gaul rata dan hidangkan.

Selamat mencuba
Tips : nanas tersebut di kisar dengan menggunakan air yang sangat sedikit bagi mengelakkan kuah
menjadi cair

Chef Siti Nurazlina binti Mohamed Naser


Chef Siti Nurazlina binti Mohamed Naser

>

Resepi Sanggul Bebola Nanas

Resepi Sanggul Bebola Nanas

Cara membuat bebola
Panaskan minyak dalam pan dengan api kecil. Kemudian campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan gaul kemudian bulatkan menjadi bebola dan golekkan bebola tersebut di dalam telur ayam yang telah dipukul. Setelah minyak panas masukkan bebola tersebut dengan api sederhana, masak rata boleh angkat dan toskan minyak.

Cara penyediaan kuah
Selepas goreng bebola, angkat & tos. Kemudian gunakan pan yang sama tumis bawang hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan seperti nanas, lada benggala, cendawan butang dan tomato yang telah dipotong dadu dan gaul rata. Masukkan sos cili padi nanas, secubit garam, gula & lada hitam. Masukkan bebola tersebut untuk mesrakan rasa gaul 5-10 minit dan boleh tuangkan ke atas spaghetti untuk dihidangkan.

Cara menyediakan spaghetti
Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih, kemudian masukkan sedikit garam & minyak, masukkan spaghetti dan biarkan hingga setengah lembut. Angkat, masukkan ke bekas yang berisi air sejuk / batu biar seketika, toskan airnya. Panaskan pan dengan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau gaulkan spaghetti yang telah ditos tersebut 5-8 minit.

Chef Nor Diana binti Abdullah


Chef Nor Diana binti Abdullah

Resepi Asam Pedas Ikan Bersama Nanas

Bahan-bahan :

  • Nanas
  • Ikan
  • Air Asam
  • Bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia)
  • Serai
  • Tomato
  • Tempoyak
  • Kunyit
  • Daun kunyit
  • Bunga kantan
  • Air
  • Garam
  • Cili kisar
  • Minyak masak

Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak
2. Masukkan cili kisar dan tumis
3. Masukkan bahan kisar dan tumis
4. Masukkan air asam dan air
5. Masukkan ikan dan tempoyak
6. Biar mendidih dan masukkan bunga kantan, serai dan kunyit
7. Masukkan tomato
8. Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa
9. Masukkan nanas dan biar seketika serta matikan api
10. Sedia untuk dihidangkan

Chef Anis Wahidati binti Ehsan


Chef Anis Wahidati binti Ehsan

Resepi Nasi Goreng Cilipadi Bersama Nenas

Bahan-bahan :

1. Beras 2 pot
2. 1 biji bawang besar saiz sederhana
3. Sedikit ikan bilis
4. Isi ayam bahagian dada- 1 portion (untuk masukkan dalam nasi goreng)
5. 9-11 tangkai cilipadi (nak pedas kene angka ganjil)
6. Sedikit belacan- optional
7. Garam
8. Serbuk perasa - optional
9. Minyak masak - 3-4 sudu makan
10. 2 potong nenas dhiris & ditumbuk lumat (boleh pilih variety apa) - nak manis pilih josapine/ MD2
11. 2 ketul kepak ayam - digoreng berasingan

Cara-cara :

1. Masak nasi 2 pot beras
2. Sementara tunggu bahan-bahan untuk ditumbuk, sediakan perapan kepak ayam untuk digoreng.
3. Kepak ayam dilumur dengan serbuk kunyit & garam kemudian diperap 3 jam sebelum digoreng.
4. Tumbuk bawang, cilipadi & ikan bilis
5. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
6. Masukkan ayam, nenas & gaul sebati
7. Masukkan nasi yang telah masak
8. Letak garam & serbuk perasa (optional) & gaul rata semua bahan dengan nasi
9. Siap untuk di hidangkan
10. Hias nasi goreng dengan taburan daun bawang

*sayur gantikan dengan hirisan tomato.

Chef Mohammad Safuan bin Abdul Rahim


Chef Mohammad Safuan Bin Abdul Rahim

Resipi Kari Ikan Masin Talang Bersama Nanas

Bahan-bahan :

  • Ikan masin talang -150g
  • Santan -1 cawan
  • Bawang Merah- 2 ulas
  • Bawang Putih -2 ulas
  • Halia -1 inci
  • Rempah kari- 1 peket kecil
  • Daun Kari -2 tangkai
  • Bahan tumis- (Bunga lawang,Buah pelaga, Kayu manis,Cengkih, Halba)
  • Asam Jawa- 2 sudu besar
  • Buah nanas -1 biji
  • Air -2 cawan
  • Garam dan gula- secukup rasa

Cara-cara :

1. Potong dan cuci ikan talang masin,
2. Nanas dibersihkan dan di potong kuib.
3. Sediakan bahan-bahan tumis. Potong bawang merah,bawang putih dan halia.
4. Tumis semua bahan tumisan dan rempah kari yang telah dibancuh dengan air asam jawa sehingga pecah minyak.
5. Masukan ikan talang kedalam periuk.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Masukan air dan santan, biar sehingga memdidih.
8. Masukkan nanas untuk seketika.
9. Masukan garam/gula secukup rasa.
10.Tutup api dan Kari Ikan Talang bersama Nanas sedia dihidangkan untuk seisi keluarga.

 

 

Chef Lizawati binti Mohd Isa


Chef Lizawati binti Mohd Isa

Ayam Percik Nanas

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam - potong 4
  • 2 1/2 cawan santan pekat - guna santan segar
  • 1 batang serai ketuk - opsyenal
  • 2-3 keping asam keping
  • 2-3 sudu besar gula - kena ada lebih rasa manis
  • Garam
  • 1/2 sudu kecil tepung beras/tepung jagung

Bahan kisar:

  • 10 tangkai cili kering – jika hendak lebih pedas boleh tambah kuantiti
  • 10 ulas bawang merah - kena lebih
  • 1 biji Nanas

Bahan perap:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 hiris nipis halia
  • Garam

Cara-cara :

  1. Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar kelar. Kemudian perap ayam dengan bahan perap yang ditumbuk/kisar halus selama 30 minit.
  2. Lepas tu ayam dikukus sehingga masak, baru dibakar. Mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam. Sementara ayam dikukus, boleh sediakan bahan untuk kuah percik..
  3. Kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur. 
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak bersama santan dengan api perlahan sambil dikacau sehingga santan pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Gula dilebih supaya kuah lebih berkilat bila dilumur pada ayam yang dibakar. warna lebih cantik dan caramelized.  
  5. Jika belum cukup pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. 
  6. Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar. Kemudian, dibalikkan dan lumur di permukaan satu lagi. Boleh buat secara berulang kali, ikut suka masing masing.

 

 

Chef Mazni binti Ismail


Chef Mazni binti Ismail

Spagheti Bolognese Nanas

Bahan-bahan :

  • Spagheti
  • Daging Burger / Dada Ayam dipotong kecil-kecil
  • Bebola ikan (potong empat)-jika suka
  • Lobak Merah - potong dadu
  • Sosej - dihiris serong
  • Bawang - potong dadu
  • Lada 2 biji (cili padi)
  • Sos Spagheti (Prego - Cendawan & Lada Hijau)
  • Sos spagheti Berkrim (Prego - Alfredo cendawan)
  • Mushrooms (Nutrico) - dibelah dua
  • Sos Cili (Kimbal) & Sos Cili Padi Nanas
  • Garam & Gula - secukup rasa
  • Black Pepper - secukup rasa
  • Tomato / Nanas - potong dadu
  • Daun Pudina - hiasan

Cara-cara :
1. Rebuskan spagheti dalam air yang mengelegak dan tambahkan minyak sikit agar tidak melekat. Kemudian toskan. Alirkan dengan air untuk elakkan spagheti itu melekat.
2. Masukkan daging burger/dada ayam dalam kuali yang dipanaskan dan minyak sedikit. Gorengkan. Kemudian masukkan lobak merah dan bawang.Gorengkan.
3. Masukkan Sos Spagheti, Mushrooms dan masukkan air satu cawan.
4. Letakkan garam, gula dan black pepper secukup rasa. Masukkan Sos Cili (Kimbal) dan Sos Cili Padi Nanas serta cili padi yang sudah dipotong sekiranya hendak pedas.
5. Masukkan tomato/nanas yang dipotong dadu. Akhir sekali masukkan bebola ikan dan sosej tadi, kemudian masukkan sedikit Sos Spagheti Berkrim kacau sebati. Setelah cukup semua rasa, api sudah boleh dimatikan dan masakan telah siap.

 

 

Chef Nur Affetti binti Sahat


Chef Nur Affetti binti Sahat

Resepi Umbut Nanas Masak Lemak + Midin

Bahan-Bahan :
Umbut Nanas 2 biji (dihiris halus)
Sayur Midin secukupnya
Santan segar
Udang kering
Belacan
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 3 ulas
Cili padi 5 biji
Secubit garam
Secubit ajinomoto

Cara membuatnya :
Tumbuk udang kering bersama bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan sehingga lumat. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau. Masukkan Umbut Nanas dan sedikit air. Lepas 5 minit, masukkan santan segar dan Midin. Tutup api untuk elakkan sayur lembik. Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto. Siap sudah hidangan. Makan Panas-panas bersama nasi putih memang sedap.

Chef Wan Hazizul bin Wan Husin


Chef Wan Hazizul Bin Wan Husin

Nasi Nanas Ayam Panggang

Bahan-bahan

Nasi
Beras Basmathi
Jus Nanas Josapine
Pewarna Kuning
Mentega

Ayam Panggang
Kepak Ayam
Jus Nanas
Halia
Bawang Putih
Madu

Sayur
Sayur
Bawang Besar
Sos Tiram
Serbuk Perasa

Cara Memasak Nasi
1. Rendamkan 2 cawan beras Basmathi selama 15 minit.
2. Basuhkan beras.
3. Nasi dimasak dengan campuran air dan jus nanas josapine.
4. Tambahkan pewarna kuning apabila nasi hampir masak.
5. Masukkan juga sedikit mentega ke dalam nasi tersebut.

Cara Masak Ayam
1. Perapkan kepak ayam selama 30 minit dengan jus nanas, serbuk kari, madu, bawang putih.
2. Panggang kepak ayam tersebut dengan api perlahan sehingga masak

Cara Masak Sayur
1. Potong sayur ikut kesesuaian.
2. Tumis bawang besar, sos tiram dan serbuk perasa.
3. Masukkan sayur yang telah dipotong.
4. Goreng beberapa minit dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Chef Affie bin Ab Razak


Chef Affie Bin Ab Razak

Ayam Ungkep Nanas

Bahan-bahan :
• 10 ketul daging ayam
• 1 batang serai – ketuk
• 1 keping asam keping
• 3 helai daun limau purut
• Air secukupnya
• Minyak masak secukupnya
• Garam dan gula secukup rasa
• Nanas Md2 200gram

Bahan Kisar :
• 2 labu bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
• 2 batang serai
• 1sb jintan manis
• 1sb jintan putih
• 1sb serbuk ketumbar
• Cilipadi hijau 20 biji

Cara-cara :
1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk dan nanas MD2.
3. Boleh tambah air ikut suka. Kalau nak berkuah boleh lebihkan air.
4. Buka api perlahan dan tutup dengan tudung periuk. Sesekali kacau takut terhangit.
5. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas.

 

Sambal Belacan Nanas by Affie

Bahan-bahan :

1. Cili hidup 3 batang
2. Belacan melaka
3. Garam secukup rasa

4. ½ camca teh gula pasir
5. 1 biji limau nipis
6. Nenas atau mangga separuh masak (2 iris)
7. Tambah 2 – 3 cili padi untuk lebih pedas (mengikut citarasa)

Cara-Cara :

1. Bakar belacan kekuningan
2. Tumbuk cili hidup, cili padi dan belacan hingga 3/4 lumat.
3. Masukkan gula, garam tadithen di tumbuk lumat.
4. Masukkan nenas atau mangga tadi
5. gaul sebati dan hidangkan dengan limau sambal yang dipotong dua.
6. Perahan limau sambal untuk menambahkan kelazatan rasa sambal belacan ini

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 18 April 2024 pada 16:08:55

0652567
Total Visit : 652567
Who's Online : 30
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram