• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    BPTN

    Pembangunan Teknologi

    Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) menjalankan pengurusan tanaman mengikut kaedah petak pengamatan di ladang yang merangkumi berdasarkan kepada tahap potensi sesuatu baka variety nanas, Ketahanan fizikal tumbuhan, kepadatan tanaman dan juga kaedah pembiakan benih yang dijalankan seperti pembiakan secara tampang, penyukuan dan pembiakan benih tanpa buah.

    Secara keseluruhannya, pemerhatian dilakukan berkisar kepada pelbagai aspek Teknologi yang bertujuan mendapatkan maklumat dan input baru untuk Penambahbaikan Teknologi mahupun mengatasi masalah semasa. Hasil pemerhatian yang konsisten akan memberikan faedah besar kepada Industri Dan Pekebun Kecil dalam bentuk syor teknologi yang boleh digunapakai secara praktis.

    Kepadatan Tanaman di ladang BPTN mengikut  per ekar atau hektar bergantung kepada objektif projek , jenis baka , sistem  dan jarak tanaman. Kelebihan bagi sistem tanaman tunggal adalah seperti berikut:

    Jarak Tanaman Kepadatan Tanaman

    Per Hektar

    Kepadatan Tanaman

    Per Ekar

    90cm  x 60cm x 30cm

    (3’ x 2’ x 1’ )

    43,500 Pokok 17,424 Pokok
    120cm x 60cm x 30 cm

    (4’ x 2’ x 1’)

    36,250 Pokok 14,500 Pokok

    Tanaman kepadatan tinggi > 50,000 pokok sehektar (20,000 pokok per ekar) boleh menyumbangkan kepada peningkatan hasil yang memuaskan dan berkualiti dengan pengurusan yang sempurna. Bagi keluasan yang kecil amat berguna untuk meningkatkan pendapatan dan penghasilan.

    Pembiakan Benih

    Pembiakan benih membawa maksud satu proses bagi memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Pembiakanbenih  yang berterusan akan memastikan pokok-pokok atau spesis tertentu dapat terus wujud. Ini dapat mengelakkan daripada kepupusan spesis. Ia juga akan menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan.

    Pembiakan benih terdiri bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah. Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri seperti pokok sihat dan subur, berbuah besar , bertangkai pendek dan tegap serta berjambul tunggal. Kecekapan dalam pemilihan benih akan meningkatkan hasil sehingga 15-25%.

    Pengambilan Benih dengan mengutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1′-2′) panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik. Benih dikelaskan.

    Teknik Pembiakan benih  secara Penyukuan yang dijalankan di ladang BPTN.

    Teknik penyukuan nanas bagi tujuan mendapatkan kuantiti anak benih yang banyak telah  diaplikasikan diladang BPTN. Tujuan utama  teknik ini adalah untuk meningkatkan kualiti benih nanas. Teknik penyukuan dan keratan batang nanas ini boleh diaplikasikan pada bahagian jambul, tangkai, batang, buah dan slip daun. Ianya sebagai satu penyelesaian jangka panjang kepada masalah kekurangan anak benih nanas. Kadar pertumbuhan boleh mencapai 80-90% bergantung kepada cuaca dan bahan tanaman.


    1 benih dibelah 4 melalui teknik penyukuan dapat menghasilkan 4 anak benih


    Rendaman larutan racun dan kulat dilakukan pada setiap sulur benih dalam tempoh 10 hingga 15 minit


    Sulur Belahan Ditapis dan Dikeringkan

     

    Pengurusan Pembiakan benih Tanpa buah

    Pokok nanas MD2 yang telah dihormon peringkat (umur 45 hari ) mengeluarkan putik buah.

    kemudian pokok nanas akan dipangkas / dicincang menyerong 45 darjah dengan ketinggian 1 kaki dari tanah. Ini bertujuan untuk penghasilan benih sulur tanah dan sulur angin.

     

    Daun pokok nanas yang telah dicincang ditabur atas lorong barisan antara pokok untuk mengurangkan pertumbuhan rumpai.

    Selepas dipangkas / dicincang dalam tempoh 2 hari , aplikasi penggunaan baja semburan larutan Bordeaux miture sebanyak 100ml per pokok. Semburan dibasah menyeluruh pada pokok bertujuan menggalakkan pertumbesaran benih baru dan juga membantu mengelakkan daripada serangan penyakit.

    Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, kelihatan benih sulur telah tumbuh dicelah kelopak daun induk nanas. Pokok induk akan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 sulur atau lebih bergantung pada saiz pokok induk bagi pembiakan benih.

    Dalam tempoh 2 bulan, sulur angin / udara boleh dikopek mengikut saiz yang diperlukan.

     

    Benih sulur yang telah dikeluarkan dari pokok induk, akan dikeluarkan dan diikat untuk dibekalkan kepada pekebun atau pengusaha yang berdaftar dengan LPNM.

    Pembangunan / Penyelenggaraan Tanaman

    Komponen utama penekanan dalam strategi yang berkesan dalam mentransfromasi teknologi baru di dalam penanaman nanas adalah menerusi model penanaman secara komersil. Dengan penubuhan Bahagian Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas  , aktiviti pembangunan ladang komersil nanas mempunyai motif yang jelas untuk menghasilkan model penanaman komersil berteknologi tinggi yang akhirnya akan diterapkan kepada pengusaha tanaman nanas tempatan.

    Pendekatan ini juga dapat memberi penyampaian maklumat data pengeluaran buah nanas yang dibuat secara komersil dan perbandingan hasil mengikut variety. Ianya boleh dijadikan sebagai pengukur atau standard bagi membandingkan hasil tanaman yang dikeluarkan oleh pekebun nanas

    Pekebun atau Usahawan akan dibawa untuk melihat model BPTN dengan menjalani latihan hands di samping penyampaian teori sebagai pengetahuan. Dalam hal ini, bagi tujuan memastikan model penanaman secara komersil ini kekal serta unggul selaras dengan teknologi pengurusan tanaman yang diperkenalkan maka penyelenggaraan tanaman mestilah dilakukan dengan cekap,teratur dan sistematik. Dengan demikian, projek pembangunan penyelenggaraan tanaman ini dilaksanakan bagi memastikan keunggulan model yang boleh diteladani.

    Khidmat Kejenteraan

    Penyelenggaraan Ladang (Membersih dan membinasakan tunggul lama) Kebiasaannya, aktiviti-aktiviti penyelenggaraan tanaman  menggunakan racun , parang, tajak dan cangkul bagi membersih dan membinasakan tunggul lama sebelum di bakar semasa penyelenggaraan ladang dilakukan. Justeru itu, jentera seperti Jentolak/Traktor/Cest (yang boleh diubahsuai serta boleh masuk ke kawasan tanah gambut) diperlukan bagi menyelenggara ladang. Sehubungan itu, pembangunan terhadap jentera yang pelbagai guna (multi-task) amat dituntut bagi tujuan penanaman, pengurusan tanaman dan penyelenggaraan ladang.

    Sehubungan itu, di antara beberapa permintaan terhadap teknologi baru nanas adalah seperti jentera pertanian yang berfungsi untuk membuat lubang dan menimbusnya kembali (untuk menanam sulur), jentera seumpama : kubota, kenderaan bermotor yang diubahsuai seperti Badang (yang menggunakan enjin Vespa) dengan harga yang lebih murah, kren bagi mengangkut buah khususnya di kawasan tanah tinggi, jentolak/traktor/cest yang sesuai untuk kawasan tanah gambut bagi menyelenggara ladang (membersih dan membinasakan tunggul lama) serta laluan/landasan khas yang kukuh untuk memudahkan pengangkutan keluar dan masuk di kawasan tanah gambut.

    Infrastruktur Ladang

    Infrastruktur ladang adalah antara faktor penting dan penentu kejayaan sesuatu projek yang diusahakan, tanpa kemudahan ini projek kurang berdaya maju dan akhirnya mengalami kegagalan. Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang mendorong kepada keselesaan proses pengeluaran. Infrastruktur ladang BPTN merupakan faktor utama dalam aktiviti-aktiviti perladangan atau pengurusan  pertanian.

    Keperluan asas bagi infrastruktur ladang BPTN akan melibatkan kos pembangunan ladang dari segi komponen infrastruktur ladang seperti jalan ladang, pembentungan pagar ladang, perparitan, kolam tadahan, sistem pengairan renjis, papan tanda,  nuseri tapak semaian,  Stor ladang,  tandas awam dan pusat pengumpulan benih dan buah.

     

    Jalan ladang

    Jalan ladang adalah infrastruktur yang penting dari awal peringkat pembangunan ladang sehingga ke peringkat pengeluaran hasil. Jenis jalan yang disyorkan bergantung kepada saiz ladang yang hendak di bangunkan. Bagi kawasan tanah seluas 10 ekar laluan  jalan sempadan ladang hendaklah dibina. Jalan sempadan ini akan memudahkan pengurusan ladang ,pengangkutan input di lakukan .  Jalan kecil (3.65m lebar) bagi setiap 1 ekar kawasan  bagi memudahkan kerja mekanisasi ladang seperti pengangkutan buruh dilakukan. Jalan yang dibina hendaklah bersesuaian dengan kerja-kerja ladang . Jenis dan ukuran jalan pertanian  adalah seperti  berikut:

     

    Jenis Jalan Ukuran Lebar Jalan
    Jalan Pertanian

    (tiada bahu jalan)

    3.65 meter  (12 kaki )
    Jalan Utama 4.60  meter  (15 kaki )

     

    Pusat Pengumpulan Benih Dan Buah

    Ia merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian yang dibina dikawasan ladang BPTN bertujuan untuk menyediakan kemudahan untuk mengumpulkan hasil lepas tuai dan menambah nilai hasil pertanian melalui penggredan, pelabelan dan pembungkusan kepada pengeluar.

     

    Pagar

    Dibina untuk mengelakkan daripada pencerobohan atau gangguan manusia, binatang ternakan atau haiwan liar yang boleh merosakkan tanaman atau kemusnahan tumbuhan.

     

    Sistem Pengairan Renjisan

    Pengairan merupakan satu kaedah pembekalan air kepada tanah supaya tanah mendapat     kelembapan secukupnya bagi pertumbuhan pokok yang sempurna. Menjamin pertumbuhan pokok agar tidak terganggu dimusim kemarau.

    Pengairan renjisan sesuai digunakan untuk tanaman sayuran dan tanaman

    kontan, dimana kepadatan tanaman adalah tinggi

     

    Nuseri Tapak Semaian

    Kawasan semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok ditempatkan sebelum  ia ditanam ditempat yang kekal. Anak-anak pokok yang digunakan untuk membiak-baik tanaman, membesarkan anak benih dan seterusnya persediaan anak benih  dibiak atau dibeli dan dijaga sehingga ia cukup besar untuk dijual atau ditanam di tempat yang kekal. Di tapak semaian, anak-anak pokok dapat dijaga dengan rapi dan pemilihan dibuat untuk mendapatkan pokok-pokok yang sihat.

     

    Setor ladang

    Merupakan tempat penyimpanan kegunaan input pertanian yang terdiri daripada baja tumbesaran, bahan kimia (racun), Silvershine (plastic penutup bumi), bakul, mesin tekanan tinggi, dan sebagainya.

    Setor ladang merupakan aset utama dalam satu ladang untuk mendapatkan MYGAP (Malaysian Good Agriculture Practice). Setor ladang hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan iaitu berkunci ,ruangan sempadan yang luas untuk penyimpanan terdiri daripada peralatan ladang, baja , bahan kimia (racun) , ruangan pengudaraan yang luasdan sebagainya. Di samping itu, perlu ada papan tanda keselamatan bagi tatacara penggunaan setor ladang.

     

     Sistem Perparitan

    Di kawasan tanah gambut, sistem perparitan perlu dibina lebar dengan lebih berhati-hati mengikut kesesuaian kawasan khususnya pada aspek saiznya (kedalaman dan lebar). Ini bertujuan mengelakkan tanah kawasan berkenaan menjadi terlalu kering dan sebaliknya.Sistem saliran yang tidak dirancang dengan baik akan mempercepatkan proses penyusutan paras air yang boleh mengakibatkan tanah kekeringan berterusan dan menyebabkan pertumbuhan pokok akan terganggu.

    i)Parit Besar

    • Bertujuan untuk menyalurkan air ke sungai atau ke laut
    • Dimensi parit adalah 150 cm (Lebar atas) x 120 cm (Dalam) x 120 cm (Lebar bawah)

     

    ii)Parit Sekunder

    • Bertujuan untuk mengalirkan air ke parit besar dan sebagai sumber air dalam pengurusan tanaman
    • Dibuat keliling sempadang ladang atau setiap 10 rantai
    • Dimensi parit adalah 120 cm (lebar atas) x 90 cm (Dalam) x 90cm (Lebar bawah)

     

    iii)Parit Ladang

    • Dibuat sekiranya perlu untuk mengeluarkan air ke parit sekunder
    • Parit jejari dibuat dengan jarak 5 rantai atau mengikut keperluan.
    • Dimensi parit adalah 90cm(lebar atas) x 60cm(dalam) x 60cm (Lebar bawah)

     

    Kolam Tadahan

    Tapak untuk menggali kolam perlu dikenalpasti berpotensi untuk membekalkan air ke kebun terutama di waktu musim kemarau. Kawasan rendah, berpaya dan berhampiran punca air di gali menggunakan mesin JCV atau Kobe atau RB mengikut saiz yang diperlukan.

    Projek Tanaman Kekal Nanas Lestari

    Projek Tanaman Kekal Nanas Lestari  diwujudkan bertujuan mewujudkan kawasan kekal pengeluaran nanas bagi mempertingkatkan pengeluaran serta memenuhi keperluan domestik dan global secara konsisten. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran nanas. Projek ini dijangka dapat meningkatkan keluasan tanaman nanas negara dan sekaligus menjadi salah satu sumber bekalan nanasberskala besar secara terancang dan konsisten.

    Projek  ini juga dijangka akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar dengan menyediakan peluang pekerjaan disamping menjadi pemangkin kepada pengusaha nanas di kawasan berkenaan supaya lebih progresif kerana mendapat sokongan daripada perlaksanaan projek ini. Dalam jangka masa panjang pelaksanaan projek ini akan menyumbang kepada pengwujudan lebih banyak industri hiliran berasaskan nanas di kawasan tersebut. Pemberian insentif ini merupakan pelengkap kepada kawasan tanaman nanas yang telah dikenalpasti berpotensi dan ianya adalah insentif khas di bawah projek pembangunan dan tidak tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas serta peraturan di bawahnya.

    Agro-Pelancongan

    Agro-pelancongan adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat dengan pembangunan menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Ladang BPTN Alor Bukit Ladang Nanas Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia terletak kira – kira 16 Km dari Pekan Nanas dan 26 Km dari bandar Pontian, Johor. Koordinat GPS 1.595943, 103.461570. Kedudukan ladang terletak di tengah – tengah Ladang Kelapa Sawit milik “ South Malaya “ dan bersebelahan dengan Kampung Paya Embun dan juga Kampung Seri Menanti, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Keluasan kawasan dianggarkan 300 ekar yang merangkumi bangunan Dewan Serbaguna, Pusat Pengumpulan benih dan buah, Setor ,Pondok Jaga, Jalan Petak Ladang , Nuseri Tapak Semaian , Kolam Tadahan, Sistem saliran renjis , Perparitan ,Petak Janaplasma dan Projek TKPN (Tanaman Kekal Pengeluaran Nanas) Dari Agro-Pelancongan terdapat aktiviti-aktiviti dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samada berjalan, berbasikal maupun menaiki trem), latihan hands-on, dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah panorama dari atas menara tinjau di ladang BPTN.

    Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam kunjungan lawatan agro-pelancongan ini adalah:

      • Menara Tinjauan

        Bangunan serbaguna terletak 100 meter di pintu masuk utama ladang nanas, dimana menempatkan stor bahan input dan tempat rehat pekerja. Pada bahagian atas bangunan tersebut terdapat sebuah menara tinjau yang memberi panorama pemandangan seluruh kawasan ladang nanas.

     

      • Petak Janaplasma

        Merupakan satu pusat pembangunan dan perkembangan tentang penyelidikan tanaman nanas di Alor Bukit. Di bina pada 1974, kini memperolehbenih nanas sekitar 50 varieti dari seluruh dunia. Pada masa yang sama, ianya menjadi daya tarikan utama para pelawat yang datang di ladang BPTTN Alor Bukit

     

      • Logistik
        Tram / basikal turut disediakan untuk kemudahan pelawat/ pelancong yang datang ke ladang.

     

      • Pusat Pengumpulan Buah dan Benih

     

      • Pusat Bimbingan Usahawan

     

      • Galeri Nanas

        Bangunan pusat berinformasi nanas yang mempamirkan kepelbagaian kegunaan aktiviti peralatan ladang inovasi , produk2 hiliran, gambar jenis variety nanas dan sebagainya.

     

      • Homestay

     

    • Pelancongan /Pelawat
      Pelawat diberi Taklimat berkaitan Nanas oleh pegawai bertugasAlamilah hidup di Pineapple Park Sila datang berkunjung dan nikmati pengalaman menarik di Ladang BPTN.

    Pembinaan Bangunan Pejabat & Kuarters

    PERKHIDMATAN DAN AKTIVTI YANG DIJALANKAN

    Pembinaan Bangunan Pejabat & Kuarters

    1. Pembangunan PPTTN di seluruh negara perlu mencapai tahap sebagai pusat kecemerlangan nanas yang mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan industri sekaligus menjadi model industri di sesuatu zon penanaman. Lantaran itu, pada asasnya kemudahan pejabat dan kuarters menjadi komponen utama sebagai mengikhtiraf penubuhan sesuatu PPTTN yang baru. dalam masa yang sama kemudahan asas ini penting bagi memastikan operasi rutin dilaksanakan dan membolehkan anggota lpnm dihantar untuk memberikan perkhidmatan kepada golongan sasar di zon atau wilayah yang terlibat.
    2. Dari segi konsepnya, kawasan operasi di PPTTN biasanya merangkumi keluasan pejabat yang dianggarkan seluas 15 hingga 50 ekar dan kawasan ladang yang mempunyai keluasan melebihi 100 ekar. Pada masa ini PPTTN yang baru akan dibangunkan seperti di Jelebu, Negeri Sembilan dengan keluasan 100 ekar dan PPTTN Rompin, Pahang yang mempunyai keluasan 1500 ekar. Bagi pembangunan pejabat dan kuarters di ppttn baru yang dijangka akan dilaksanakan di Jelebu dan Rompin, komponen projek yang terlibat ialah membina pejabat dengan kapasiti anggota 20 hingga 30 orang serta kemudahan kuarters untuk mereka di kawasan yang sama.
    X