• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Bahagian Perancangan Strategik (BPS)

    Latar Belakang

    Bahagian telah ditukar nama daripada Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat kepada Bahagian Perancangan Strategik. Fungsi utama bahagian ini adalah melibatkan penyelarasan dasar, pengurusan bajet pembangunan, penyediaan perancangan jangka pendek dan panjang, menyelaras dan memohon peruntukan pembangunan tahunan, pemantauan pelaksanaan projek-projek LPNM serta aktiviti kajian sosio ekonomi dan pembangunan.

    Bahagian Perancangan Strategik juga bertindak sebagai penyelaras dan penghubung berkaitan program / aktiviti antara LPNM dengan pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

    Visi

    Menjadi bahagian unggul yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menyelaras dasar dan pembangunan industri nanas negara

    Misi

    Menjadi peneraju dalam perancangan, penyelidikan, pelaksanaan dan pemantauan dasar-dasar di bawah sektor buah-buahan (nanas).

    Fungsi Bahagian Perancangan Strategik

    Beberapa objektif khusus telah dirangka sekaligus menterjemahkan kandungan misi bahagian menerusi objektif-objektif berikut :

    1. Membuat kajian dan penggubalan dasar serta strategi pembangunan industri nanas supaya ianya sentiasa selari dan relevan dengan perubahan semasa dan menjadikan industri nanas kekal dan berdaya saing;
    2. Merangka, menyelaras dan menambahbaik dasar-dasar berkaitan dengan industri nanas Negara;
    3. Bertanggungjawab dalam menggubal dasar, strategi, pelan pembangunan jangka panjang dan pendek dalam industri nanas Negara;
    4. Menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan menilai keberkesanaan pelaksanaan projek dan aktiviti pembangunan LPNM;
    5. Menyelaras dan menyediakan cadangan permohonan bajet pembangunan tahunan
    6. Menyedia, menyelaras dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi;
    7. Bertanggungjawab dalam menyediakan kertas kerja/jawapan kepada pertanyaan terhadap hal-hal berkaitan Parlimen, DUN, Kabinet;
    8. Membina identiti dan imej korporat LPNM melalui penerangan dasar-dasar dan kegiatan LPNM serta perubahan-perubahan yang berlaku kepada umum dari masa ke semasa;
    9. Menjalankan kajian impak sosio ekonomi ke atas program-program pembangunan yang dijalankan oleh LPNM;
    10. Memberi konsultansi yang komprehensif kepada sektor awam dan swasta untuk menjamin daya maju projek ;
    11. Menentukan, mengumpul, menyedia, menyelaras, merumus dan mengurus maklumat dan data industri;
    12. Mengemaskini maklumat dan menyelenggara pangkalan data yang berkaitan dengan industri nanas; dan
    13. Menerbitkan maklumat industri yang terkini dan lengkap melalui penerbitan berkala.
    X