Logo-BM
MENU

Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN)

Latar Belakang

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia melalui pembentukan Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada pembangunan industri nanas di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti. Sokongan yang dimaksudkan adalah sebagai pusat pembiakan dan pengeluaran benih nanas (sulur nanas). Di samping itu, BPTN merupakan suatu pusat rujukan kepada teknologi tanaman nanas dan verifikasi kepada teknologi baru di dalam tanaman nanas melalui petak percubaan usahasama dengan pihak-pihak penyelidik dari segi agronomi dan penambah hasil daripada bahan sisa nanas.

Visi

Model utama pembangunan industri nanas di tanah gambut dan tanah mineral sekaligus menjadi pusat rujukan di peringkat global dalam sistem rangkaian industri teknologi penanaman nanas, lepas tuai, pemprosesan industri huluan/hiliran dan produk-produk agropelancongan.

Misi

Memberi sumbangan dan sokongan kepada pembangunan industri nanas khususnya aktiviti pembiakan benih, sumber rujukan teknologi melalui petak-petak kajian pengamatan, demonstrasi melalui R&D penggunaan bahan-bahan input pertanian dan verifikasi baka nanas.

Objektif
  1. Menjadi tempat rujukan kepada stakeholder dari segi teknologi dan teknikal penanaman nanas.
  2. Sebagai pusat kecemerlangan dan agropelancongan berasaskan nanas yang mempunyai lingkaran pelancongan (tourism belt) yang menarik dan bernilai komersial.
  3. Memenuhi permintaan dan keperluan benih nanas premium untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia.
  4. Mewujudkan pusat pengumpulan pelbagai verifikasi baka nanas dari pelbagai wilayah serantau dan seluruh dunia
Fungsi
  1. Menjalankan aktiviti mengadaptasi teknologi terkini tanaman nanas di atas tanah gambut dan mineral
  2. Pembiakan benih nanas bagi memenuhi keperluan benih di dalam sektor penanaman nanas
  3. Menjalankan aktiviti pengumpulan pelbagai varieti nanas bagi tujuan penambahbaikan baka nanas
  4. Menjalankan aktiviti nilai tambah ekonomi yang tinggi dengan mengadaptasi aktiviti pelancongan berasaskan nanas.
Carta Organisasi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 20 Mac 2024 pada 08:18:22

0644988
Total Visit : 644988
Who's Online : 5
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram