• Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi (BPPB)

    Profil Bahagian

    1. LATAR BELAKANG
      Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah dipertanggungjawabkan dalam mengawal kualiti produk-produk keluaran industri dan memberi jaminan kepada “safety” produk-produk keluaran industri sama ada dalam bentuk yang telah diproses semi-proses atau segar.Ia meliputi aktiviti Makmal Kawalan Mutu yang telah diwujudkan semejak tahun 1957 dangan penubuhan Makmal Penggredan, di ikuti Makmal Mikrobiologi pada tahun 1992 yang terletak di bangunan lama LPNM iaitu Wisma SBBU. Pada tahun 1997 Makamal Kemia pula telah diwujudkan seirigan dengan penambahan skop aktiviti iaitu pembangunan dan penyelidikan produk-produk berasaskan nanas.Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan, Makmal Kawalan Mutu telah berjaya mendapatkan pengiktirafan MS ISO 1900:2000 untuk 3 tahun berturut-turut iaitu 1999 hingga 2001. Kini Makmal Kawalan Mutu juga dalam proses untuk memdapatkan persijilan akreditasi MS ISO 17025:2005 bagi meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap perakuan sijil-sijil kualiti yang dikeluarkan disamping penambahbaikan kualiti perkhidmatan.
    2. VISI
      Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.
    3. MISI
      Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.
    4. MOTO
      “Komitmen Asas Kualiti”
    5. KUALITI POLISI
      omited bagi memberi perkhidmatan pengujian pengesahan bagi produk keluaran industri nanas Malaysia yang memenuhi keperluan bertaraf antarabangsa.
    6. CARTA ORGANISASI
    7. OBJEKTIF KORPORAT
      Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.
    8. OBJEKTIF UMUM
      Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan sifar.
    9. OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI
      Bagi memastikan matlamat kualiti polisi tercapai, Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang boleh membantu dalam merealisasikan objektif-objektif berikut :-
      -Menyediakan perkhidmatan yang profesional bagi penyujian nanas dan produk nanas yang memenuhi keperluan, kegunaan dan tujuannya.
      -Menjalankan analisis yang profesional dan berkualiti.
      -Menjalankan analisis makmal yang memenuhi keperluan standard.
      -Memenuhi keperluan perundangan dan keperluan kemasyarakatan.
      -Meningkatkan keupayaan perkhidmatan menerusi latihan berterusan kepada anggota kerja dan memastikan sistem pengurusan kualiti difahami dan dilaksanakan.
      -Komited untuk mematuhi standard MS ISO/ IEC 17025:2005 dan membuat peningkatan berterusan.

    Fungsi Bahagian

    1. Merangka dan membangunkan kajian penyelidikan produk-produk berasaskan makanan
    2. Mengawal kualiti produk nanas berpandukan kepada spesifikasi yang ditetapkan
    3. Menyediakan perkhidmatan analisis kimia, fizikal dan mikrobiologi untuk pengawalan dan penentuan spesifikasi, proximat, fakta nutrisi dan pengesahan aditif makanan bagi nanas segar, nanas yang diproses dan produk-produk berasaskan nanas
    4. Menambahbaik teknologi analisis makmal sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi
    5. Bertanggungjawab untuk membuat kajian terhadap kandungan kimia di dalam produk industri dan membuat penyelidikan agar bahan yang terdapat di dalamnya boleh dijadikan nilai tambah untuk kegunaan komersil
    6. Bertanggungjawab ke atas kajian-kajian baru, penemuan baru untuk memastikan buah nanas bukan setakat dijual secara kaleng, segar atau pun untuk industri asas tani sahaja tetapi boleh dijana hasilnya melaui bioteknologi.
    7. Bertanggungjawab dalam kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan industri hiliran berasaskan nanas untuk perkembangaun industri nanas.

    Aktiviti Teras

    C. AKTIVITI TERAS

    1. ANALITIKAL DAN PEMBANGUNAN KUALITI
    i) PERKHIDMATAN ANALISIS KIMIA MAKANAN (FAKTA NUTRISI)
    a) Protein
    b) Kelembapan
    c) Keasidan Vitamin C & B
    d) Lemak
    e) Pepejal Larut
    f) Kandungan mineral
    g) Ash
    ii) PERKHIDMATAN ANALISIS PROXIMATE
    a) pH
    b) Ash
    c) Kelembapan
    d) Protein
    e) Lemak
    f) Acidity
    iii) PERKHIDMATAN ANALISIS MIKROBIOLOGI
    a) TPC (Total Plate Count)
    b) PDA (Yeast & Mould)
    c) BCA (Bacillus Aureus)
    d) Plat Sour
    e) E.Coli & Coliform
    iv) PERKHIDMATAN ANALISIS PENGGREDAN
    a) Nanas Kaleng
    v) PERKHIDMATAN ANALISIS TANAH
    a) Komposisi Tanah
    vi) PERKHIDMATAN ANALISIS BAJA
    a) Nitrogen
    b) Potasium
    c) Kalium
    vii) PERKHIDMATAN ANALISIS TRACE ELEMENT
    a) +- Cu / Fe / Pb
    viii) PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN
    a) Mikrobiologi
    b) Kimia
    2. PEMBANGUNAN PRODUK
    i) PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN BERASAKAN SUMBER NANAS
    a) Sos masam manis dengan buah pala
    b) Jem nanas dengan kayu manis
    c) Jem nanas dengan halia
    d) Jem nanas dengan lingzi
    e) Pineapple chocolate thruffle
    f) Dehydrated pineapple
    g) Jeruk nanas
    h) Jus
    i) Kordial
    j) Aiskrim topping nanas
    k) Granular Bar
    ii) PEMBANGUNAN PRODUK BUKAN MAKANAN BERASAKAN SUMBER NANAS
    a) Baja Organik
    b) Palet Makanan Haiwan
    c) Bromelin
    iii) PEMBANGUNAN & PENAMBAHBAIK TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN & PELEBELAN PRODUK-PRODUK IKS
    iv) KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL PEMPROSESAN PRODUK-PRODUK IKS

    Dasar, Akta, Peraturan & Pekeliling

    D. DASAR, AKTA, PERATURAN & PEKELILING

    1. CODEX ALIMENTARIUS
    2. AKTA, 427 (AKTA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA 1957 (SERAHAN 1990)
    3. AKTA MAKANAN MALAYSIA, 1983 (PINDAAN 1985)
    4. OFFICIAL METHODS OF ANALYSIS OF AOAC INTERNATIONAL 17TH EDITION
    5. SPECIFICATION FOR PACKEGED PINEAPPLE JUICE MS 714:2001
    6. SPECIFICATION FOR PACKEGED CANNED PINEAPPLE MS 302:2003
    7. SPECIFICATION FOR FRESH PINEAPPLE MS 1041:2001
    8. MENUAL & PROSEDUR MS ISO 17025

    Objektif Unit-Unit Bahagian Pembangunan Produk & Bioteknologi

    E. OBJEKTIF UNIT-UNIT BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN BIOTEKNOLOGI

    UNIT PEMBANGUNAN PRODUK
    Memperkukuhkan aktiviti pemprosesan berasaskan nanas dan mengembangkan kepelbagaian produk-produk industry nanas melalui program ‘product diversity’.
    Meningkatkan daya saing produk dengan mengenalpasti tumpuan produk melalui pengkelasan ‘convenient food’, ‘functional food’ dan ‘food ingredients’.
    Menjadikan produk keluaran PKS mempunyai nilai dan bersifat global supaya dapat memenuhi kriteria pengguna, khususnya di luar negara.

    Unit Makmal Kawalan

    • Meningkatkan kualiti produk melalui pembangunan spesifikasi yang menepati persijilan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan imej selaras dengan produk keluaran antarabangsa.
    • Menjamin kualiti produk-produk industri berasaskan nanas berada pada tahap yang memuaskan iaitu mengandungi bahan-bahan asli yang baik/tidak dicemari oleh mikrobiologi/logam berat berdasarkan kepada Akta Makanan Malaysia 1985 dan Standard Codex Alimentarious.
    • Menambahbaik teknologi analisis makmal sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi
    • Membolehkan kemasukan produk-produk usahawan ke pasaran premium melalui konsep persembahan dan kualiti yang diperlukan oleh pasaran.

    Unit BioTeknologi

    • Membiak dan memulihara benih nanas sedia ada yang semakin pupus dengan menggunakan teknik tisu kultur dalam pembiakan benih nanas.
    • Menjalinkan kerjasama dengan institusi/agensi bioteknologi tempatan dan antarabangsa khususnya dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru produk-produk industri
    • Mempelbagaikan dan meningkatkan kualiti produk nanas dengan menggunakan teknologi baru dengan kadar kos yang optimum.
    X