• Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklumbalas Peta Laman
  • Menu
    MENU

    We are apologize for the inconvenience but you need to download
    more modern browser in order to be able to browse our page

    Download Safari
    Download Safari
    Download Chrome
    Download Chrome
    Download Firefox
    Download Firefox
    Download IE 10+
    Download IE 10+

    Bahagian Pemasaran dan Industri Asas Tani (BPIAT)

    Piagam Pelanggan

    KAMI WARGA BAHAGIAN PEMASARAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
    BERJANJI AKAN SENTIASA KOMITED KEPADA PERKHIDMATAN
    BERKUALITI DAN BERKESAN UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
    SEPERTI DI BAWAH

    1. Tempoh pemprosesan borang pendaftaran dan perakuan bertulis bagi permohonan usahawan bimbingan dalam masa tidak lebih dari tujuh (7) hari bekerja selepas borang diterima.
    2. Memberi maklumbalas pertanyaan perdagangan dan pemadanan perniagaan dalam tempoh masa (3) hari dari tempoh kes dikemukakan.
    3. Memberi maklumbalas aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
    4. Memberi maklumbalas bagi permohonan lawatan ke premis di bawah seliaan BPIAT dalam tempoh masa (14) hari bekerja.

    Visi

    Penggerak utama menerajui pasaran industri nanas Negara di peringkat nasional dan global melalui usahawan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.

    Misi

    Memantapkan rangkaian pasaran industri nanas Negara dan meningkatkan pembangunan usahawan melalui peningkatan kualiti produk dan produktiviti usahawan.

    Fungsi BPIAT

    1. Merancang dan melaksanakan aktiviti berasaskan peraturan-peraturan perindustrian nanas (Pemasaran Eksport) 1959 dan program IAT di bawah MOA.
    2. Merangka dan melaksanakan program pasaran dan pembangunan usahawan yang meliputi pameran dan promosi dalam dan luar negara.
    3. Memberi bimbingan, latihan dan khidmat nasihat berkaitan pemprosesan, persijilan dan pemasaran.
    4. Melaksanakan pemadanan perniagaan (Business Matching) di dalam mewujudkan kerjasama erat di antara usahawan, pemborong, pekilang, pengeksport nanas dan pengeluar nanas.
    5. Menyediakan kemudahan pusat pengumpulan produk dan buah segar yang berkualiti dan terancang.
    6. Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data usahawan, agropreneur muda dan pasaran.
    7. Membangunkan agropelancongan berasaskan industri nanas.
    8. Menyelaras dan memantau usahawan, kilang, outlet, dan pusat informasi secara berkala.
    9. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
    X