Search
Generic filters
Exact matches only
MENU

AGROPELANCONGAN

Pengenalan

Agropelancongan merupakan aktiviti pelancongan berkaitan sektor pertanian, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Fokus agropelancongan di Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas dikenali sebagai Taman Agroteknologi Nanas adalah lawatan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian khususnya tanaman nanas di tanah gambut. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung adalah:-

  1. Lawatan ke ladang nanas
  2. Memperkenalkan petak janaplasma sebagai plot pengumpulan pelbagai varieti nanas yang ada di dunia
  3. Hands on tanaman nanas
  4. Hands on pembiakan benih nanas melalui teknik penyukuan
  5. Uji rasa buah nanas
  6. Demostrasi penghasilan kertas dan benang nanas daripada daun nanas
  7. Lawatan ke galeri nanas dan kiosk produk berasaskan nanas
Objektif

Objektif Program Agropelancongan adalah:-

  1. Menarik minat pengunjung dalam industri nanas
  2. Memperkenalkan pelbagai varieti nanas segar dan ornamental yang ada di dunia
  3. Mempromosikan produk-produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan nanas
  4. Menyampaikan maklumat berkaitan industri nanas kepada pengunjung
  5. Memperkenalkan Taman Agroteknologi Nanas kepada orang ramai
  6. Menyediakan aktiviti yang menarik untuk pengunjung

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman dalam bidang pertanian khususnya tanaman nanas.

Konsep Pelaksanaan

Mewujudkan pengurusan Agro-Pelancongan yang cekap
LPNM akan memperkukuhkan struktur organisasi Agro-Pelancongan supaya pengurusan Agro-Teknologi Nanas dapat dilaksanakan dengan cekap dan berfokus ke arah self-financing agar Pusat Agro-Teknologi Nanas dapat diselenggara dengan baik dan sentiasa releven seiring perkembangan teknologi semasa;

Mewujudkan jalinan Strategic Partnership
Ini adalah salah satu usaha LPNM untuk memaksimumkan (unlocked) nilai strategik bagi aset-aset LPNM dalam menjana hasil melalui perkongsian pintar dengan pihak swasta, disamping dapat menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat-syarikat yang terlibat bagi membangun dan menguruskan Projek Agro-Pelancongan seiring dengan hasrat dan wawasan Kerajaan.

Lokasi

1. Pusat Agroteknologi Nanas, Alor Bukit, Pontian Johor

2. Pusat Agroteknologi Nanas Sungai Tong, Setiu Terengganu

3. Pusat Informasi Nanas MAEPS, Serdang, Selangor

Komponen

Laman Janaplasma
1. Pemuliharan 65 varieti nanas Malaysia
2. Taman Bromeliad
3. Taman Kelulut
4. Ikan Hiasan
5. Kiosk Jualan Produk Industri Asas Tani (IAT)

Laman Pengeluaran Produk Nanas
1. Plot Tanaman Nanas
2. Plot Integrasi Tanaman
3. Plot Integrasi Ternakan

Laman Pengeluaran Nanas Komersil
1. Program kluster Pengeluaran Nanas Lestari
2. Program Pengeluaran Benih
3. Program Pengeluaran Buah

Laman “Experience in Pineapple Supply Chain”
1. Pusat Pengumpulan & Pembungkusan Nanas untuk Pasaran Eksport
2. Petak Pengendalian Lepas Tuai

Laman Rekreasi & Tapak Perkemahan
1. Tapak Perkhemahan
2. Rumah Tamu

Laman “Zero Waste”
1. Pusat Pemprosesan Sisa
2. Plot Pemprosesan Kertas Nanas

Laman “Pemprosesan Produk Industri Asas Tani (IAT)"
1. Kilang Pemprosesan Produk Chips Nanas
2. Kiosk Pemprosesan Jem & Tart

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum@mpib.gov.my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 3 Jun 2021 pada 09:48:00

00879
Hari ini : 587
Bulan ini : 879
Jumlah Kunjungan : 879
Who's Online : 5
© 2021 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram