Logo-BM
MENU

Pemprosesan Nanas Kaleng

ProsesPenerangan
Penerimaan Buah NanasBuah nanas diterima dari ladang & pekebun kecil. Buah di timbang dan di bawa ke kawasan pemunggahan untuk di gred.
PencucianBuah di masukan ke dalam tangki pencucian khas yang berisi air bersih. Buah nanas kemudianya di bawa keluar menggunakan konveyor yang dilengkapi dengan sistem semburan air untuk tujuan pembilasan
Pemeriksaan & PenggredanBuah nanas diperiksa dan dig red kepada 3 gred utama mengikut saiz.
Pengupasan & Pembuangan EmpulurBuah yang telah dig red dikupas dan dibuang empulur menggunakan mesin "Kwong Nam". Nanas yang telah dikupas kemudiannya diperiksa bagi membuang saki baki sisa kulit dengan menggunakan pisau. Kemudian buah-buah nanas tersebut di salurkan ke "Slicing Machine" dan "Resizing Machine" untuk pelbagai bentuk potongan.
Pengisian Nanas dan PengsirapanPotongan buah nanas dimasukkan kedalam tin dan kemudiannya di bawa ke mesin sirap. Larutan sirap dengan pekatan yang telah ditetapkan disediakan berasingan dan diisikan kedalam tin yang berisi dengan kepingan nanas dengan menggunakan "syruping mechine".
Pengahudaraan (Exhausting)Selepas pensirapan, tin yang berisi kepingan nanas dilalukan ke dalam "exhausting box" untuk membuang udara yang terperangkap pada suhu 70'c-80'c selama 7-10 minit bergantung kepada saiz tin yang digunakan. Ini adalah bagi mewujudkan suatu keadaan vakum
PengkelimanSelepas melalui "exhausting box" tin-tin berkenaan akan melalui "seaming machine" dan ditutup secara "harmetically seal" (kedap udara).
PensterilanTin-tin yang bertutup kemudiannya disterilkan di dalam "Sterillization Machine" pada suhu 105'c selama 30 minit.
Penyejukan & PengeringanTin-tin yang telah disterilkan akan melalui mesin penyejukan pada suhu 40-44°e dan kemudiannya dikeringkan menggunakan "blower".
PenyimpananProduk-produk yang telah siap disusun di atas pallet akan disimpan selama dua (2) minggu untuk memastikan kestabilan produk tersebut serta bebas dari kontiminasi oleh mikroorganisma semasa pemprosesan dan pengendalian.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2024 pada 15:54:35

0642668
Total Visit : 642668
Who's Online : 2
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram