Logo-BM
MENU

nasi

Nasi Pancawarna Nanas

Bahan-bahan

1.5 kg Beras basmathi dicuci
2,775 ml Air (mengikut jenis beras)
750 g Nanas (dipotong dadu 6mm tebal)
350 g Isi udang
7 sudu besar Minyak
4 cm Kulit kayu manis
1 biji Bunga lawang Bahan A
5 biji Buah pelaga
3 tangkai Daun kari
4 helai Daun pandan
7 ulas Bawang merah
5 ulas Bawang putih Bahan B
3 cm Halia
1 ½ sudu besar Serbuk kari
3 sudu besar Air Kari Pes
3 biji Kiub ayam
1 sudu besar Garam Perasa
¾ sudu kecil Gula
Ikan masin (digoreng dan ditumbuk)
Cili merah (dihiris) Hiasan
Daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan A dan bahan B hingga wangi
2. Masukkan rempah kari dan tumis sampai harum
3. Masukkan air, perasa, beras dan nanas ke dalam periuk nasi. masak sehingga cecair terserap dan nasi tanak.
4. Hiaskan dan hidangkan nasi panas-panas.

Resepi Oleh: Chef Florance Tan

Nasi Nanas Sambal Belacan

Bahan-bahan

1.2 kg Nasi dikarih dan disejukkan
300 gm Isi ayam didadu
250 gm Udang tanpa kulit
150 gm Minyak
60 gm Udang kering, dicuci dan dikisar
5 helai Daun limau purut dihiris halus
1 batang Bunga kantan dihiris halus

Perasa

1 ½ camca Garam
1 ½ camca Gula
1 camca Serbuk ikan bilis
6-7 camca Sambal belacan
¼ camca Lada sulah
300 gram Nenas didadukan (N36)
50 gram Mangga muda diparut kasar

Hiasan

Kerepek Nanas, Bawang goreng, daun bawang dan hirisan cili merah.

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan goring udang kering sehingga wangi kemudian ditoskan.

2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga bertukar warna sebelum dikeluarkan.

3. Sautekan ayam hingga masak. Masukkan perasa dan kacau.

4. Campurkan ayam, udang, udang kering dan sambal belacan ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.

5. Masukkan bahan-bahan hirisan dan nasi. Akhir sekali, masukkan mangga dan nenas. Kacau hingga sebati.

6. Hiaskan dan hidangkan.

Resepi Oleh: Chef Florance Tan

Nasi Nanas Kencana

Bahan-bahan

4 cawan Beras basmathi
100 g Buah tomato dihiris
1/2 cawan Sos nanas
1 batang Lobak merah dihiris
1 cawan Susu cair
1 sudu besar Rempah beriani
1 labu Bawang besar dikisar
3 ulas Bawang putih dikisar
1 cm Halia
4 sudu besar Minyak sapi
Sedikit badam, gajus dan
Bawang goreng

Bahan Tumis

1 biji Bawang besar dihiris
3 ulas Bawang putih dihiris
2 biji Cili hijau dihiris
2 biji Cili merah dihiris
7 biji Bunga cengkih
3 biji Pelaga
1 cm Kayu manis
1 tangkai Daun kari
garam dan air mawar

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris. bila garing, masukkan bahan giling dan rempah beriani
2. Bila garing, masukkan air dan susu cair.
3. Masukkan sos nanas, buah tomato dan beras.
4. Apabila kering, titikkan air mawar dan biarkan hingga nasi tanak.
5. Hidangkan dengan badam, gajus dan bawang goreng.

Resepi Oleh: Chef Zaidah

Nasi Nanas Bermadu

Bahan-bahan

2 cawan Beras basmathi
3 cawan Air
2 sudu besar Minyak sapi
1/2 cawan Susu cair
1 1/2 sudu besar Madu
1 biji Bawang besar
1 inci Kulit kayu manis
2 ulas Bawang putih
5 kuntum Bunga cengkih
4 biji Buah pelaga
1 kuntum Bunga lawang
1/2 sudu teh Esen ros
6 tangkai Cili padi dititik
3/4 cawan Nanas dicincang
1 sudu besar Stok ikan bilis
2 helai Daun pandan
2 tangkai Daun pudina dihiris
Garam secukup rasa
Pewarna merah, kuning dan hijau
Bawang dan badam goreng untuk hiasan

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu
2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih serta daun pandan sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili padi dan susu
4. Setelah mendidih, masukkan stok ikan, beras, garam, madu dan esen ros. biarkan sehingga nasi kering
5. Titikkan pewarna dan tabur daun pudina atas nasi tadi dan biarkan nasi tanak.
6. Semasa menitik pewarna, nasi jangan dikacau.

Resepi Oleh: Chef Zaidah

Nasi Udang dan Nanas

Bahan-bahan

250 gm Udang sederhana besar dikupas kulit
6 ulas Bawang putih, dihiris halus
200 gm Nanas didadu
15 biji Bawang besar, dihiris nipis dan digoreng
3 biji Cili merah dihiris
1 sudu besar Gula
2 sudu besar Tepung jagung
4 sudu besar Minyak sapi windmill gheeblend
sedikit garam dan serbuk lada sulah
daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan

Cara membuatnya

1. Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung.
2. Gaul rata dan ketepikan, panaskan minyak sapi windmill gheeblend di dalam kuali, dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan udang dan nanas serta kacau hingga masak.
4. Angkat masukkan udang dan nanas tadi di dalam nasi panas.
5. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, ketumbar dan daun pudina.
hidangkan semasa panas.

Sumber : Majalah Sajian Jelita

Nasi Goreng Nanas Bermentega

Bahan-bahan

4 pot (1 pot 160 gsm) Nasi putih
400 hingga 450 ml Air

Bahan untuk sos

250 gsm Mentega
3 ulas (dikisar) Bawang merah
3 ulas (dikisar) Bawang putih
1/2 inci Halia
3 helai Daun bay
1 sudu teh Oregano
1 sudu teh Paprika
1 sudu teh Herba campuran
1 sudu teh Lada putih
1 sudu teh Lada hitam
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Nanas dicincang

Cara-cara

1. Sejukkan nasi
2. Cairkan mentega dan tumis bahan-bahan yang dikisar
3. Masukkan bahan-bahan lain dan goreng hingga masak dan hidangkan.

Resepi Oleh : Chef Sazali bin Ismail

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2024 pada 15:54:35

0642763
Total Visit : 642763
Who's Online : 6
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram