Logo-BM
MENU

Unit Integriti (UI)

Latar Belakang

Program Integriti merupakan satu program sokongan yang diwujudkan di setiap agensi dan jabatan kerajaan dibawah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6/2013. Pengwujudan program ini adalah sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, Siri no.1 Tahun 2019 - Pemantapan Governans, Intergriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang telah mewajibkan setiap kementerian/jabatan/agensi untuk melaksanakan penilaian risiko rasuah seterusnya membangunkan OACP.

Sejajar dengan usaha ini pada 1 April 2014 LPNM telah menubuhkan Unit Integriti berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013, yang dianggotai seramai 4 orang kakitangan dan diselia oleh Ketua Unit Integriti. Penubuhan Unit Integriti ini adalah bertujuan sebagai usaha kawalan dalaman oleh agensi dan jabatan untuk menguruskan integriti organisasi. Ia juga bertujuan memastikan agar kakitangan LPNM mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh dan sekaligus dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi .

Carta Organisasi
Peranan

FUNGSI TERAS

Terdapat Fungsi 6 teras yang dilaksanakan oleh Unit Integriti iaitu:-

  1. TADBIR URUS
    Fungsi ini berperanan untuk memastikan tadbir urus terbaik dapat dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan agensi serta menangani isu-isu berkaitan Integriti.

  2. PENGUKUHAN INTEGRITI
    Fungsi ini memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai. Serta melaksanakan advokasi pencegahan rasuah kepada warga organisasi.

  3. PENGESANAN DAN PENGESAHAN
    Memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan maklumat dan aduan serta bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima oleh UI dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

  4. PENGURUSAN ADUAN
    Mewujudkan satu sistem pengurusan aduan Unit Integriti yang sistematik bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

  5. PEMATUHAN
    Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa adalah perlu di setiap organisasi bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.

  6. TATATERTIB
    Melaksanakan fungsi urus setia tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
Act With Integrity (ACeiO)


ASPIRASI PEJUANG INTEGRITI

Buat semua yang dikasihi
Ayuh kita cipta sejarah tersendiri
Bersaksikan bumi bertuah ini
Demi agama, bangsa dan negara yang dicintai
Demi masa depan yang bakal diwarisi
Bersama mengorak langkah di medan bakti
Kita perjuangkan agenda integriti
Martabatkan maruan demi pertiwi

Ayuh bersama terbang lebih tinggi
Dengan setulus ikhlas sesuci hati
Kepentingan peribadi kita tolak ketepi
Kepentingan bersama yang pasti didahului
Dengan berbekalkan nilai dan jatidiri
Bersama suburkan amalan murni
Dengan semangat juang yang tinggi
Bersama perangi rasuah jenayah keji

Ingatlah semua yang dihormati
Rasuah musuh yang sukar dihadapi
Memeranginya memerlukan iltizam yang tinggi
Banyak cabaran yang perlu ditempuhi
Penuh liku, onak dan duri
Dihambur nista, dihamun dan dimaki
Diuji fitnah dan perbagai persepsi
Dugaan hadir mencabar silih berganti
Apatah lagi bila kejayaan menghampiri
Pastinya godaan pula mengusik diri
Bagi menggugat jatidiri dan integriti
Supaya terleka dibuai mimpi
Menahan langkah menjauhi destinasi
Menggagalkan usaha perjuangan suci

Percayalah semua yang dicintai
Pastinya disuatu hari nanti
Apabila integriti berjaya disemai rapi
Tiada lagi ketirisan hasil terjadi
Tiada lagi rintihan menagih simpati
Tiada lagi pergolakan yang dihadapi
Hasil kekayaan bersama dikecapi
Gelombang pembangunan bersama dirasai
Kemelut melanda pulih kembali
Seluruh dunia hormat berdiri
Usaha bersama terus dihargai
Kemakmuran negara sudah pasti

Aktiviti

AKTIVITI TAHUN 2023

TADBIR URUS

Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) LPNM

Bil.TarikhTempat
120 Februari 2023

Bil.1/2023, Bilik Sidang Media, Dewan D, MAEPS, Serdang, Selangor.

 

217 Julai 2023

Bil.2/2023, Dewan MOKARA, Mardi, Serdang, Selangor.

 

303 Disember 2023

Bil.3/2023, Bilik Mesyuarat ORYZA, Dewan B, MAEPS, Serdang, Selangor.

 

 

 PENGUKUHAN INTEGRITI

Bil.TarikhTempat
104 September 2023

Sembang Tamu di MACCFM / Ibu pejabat SPRM Putrajaya.

 

212 Oktober 2023

Karnival Integriti Tahun 2023 Peringkat KPKM, Ruang Legar dan Dewan Serbaguna KPNM, Putrajaya. (Anjuran Bersama KPKM Jabatan dan Agensi)

 

 

 PENGESANAN DAN PENGESAHAN

Bil.TarikhProgram
1

Tiada

 

Tiada

 

 PENGURUSAN ADUAN

Bil.TarikhProgram
1

Penggal 2

(Mei – Ogos 2023) - (Aktiviti – Pematuhan dan Naziran)

Aduan SISPA – Pegawai bermain TikTok semasa bertugas. ( Selesai )

 

Aduan LPNM – Pegawai bercakap kasar semasa bertugas. ( Selesai )

 

 

 PEMATUHAN

Bil.TarikhProgram
1.

04 Januari 2023

 

Pematuhan penghantaran kenderaan pacuan 4 roda LPNM Terengganu.

 

2.

 

25 Januari 2023

Pematuhan Usahawan Penerima Insentif Pengekspot PRE LPNM

RIPI – Rompin Pahang

 

3.

 

14 Februari 2023

Pematuhan Usahawan Penerima Geran IAT PRE-LPNM – Ismawara Jaya Enterprise, Gurun, Kedah

 

4.

 

16 Mac 2023

Pematuhan Usahawan Penerima Geran HIP-LPNM – Shah Rich Food Prosessing, Masjid Tanah, Melaka.

 

5.17 April 2023

Pematuhan Usahawan Penerima Geran CUP LPNM – Chocs Valley Chocolate, Seremban, Negeri Sembilan.

 

6.09 Mei 2023

Pamatuhan Kad Perakam Waktu dan Buku Log Kenderaan LPNM Negeri Perak, RTC Gopeng.

 

7.17 Mei 2023

Pematuhan Usahawan Penerima Geran PRE-LPNM Negeri Selangor. – QAF Foods, Seri Kembangan dan AMS Kaya Enterprise, Cheras Kuala Lumpur.

 

8.09 Jun 2023

Pematuhan Pelupusan Aset KEW-PA 21 Aset Alih Kerajaan Bersama Unit Aset di Pusat Pembangunan Usahawan, Pagoh, Muar, Johor.

 

9.21 Ogos 2023

Pematuhan Pekebun Nanas Kg.Parit Kassan, Bukit Gambir, Tangkak, Johor Bersama Pegawai Kawasan LPNM Negeri Johor.

 

10.06 September 2023

Lawatan Tapak Projek Bersama Unit Perolehan (Taklimat Kerja-kerja Pembangunan Stor Bersama Kontraktor), Felda Pekoti Timur, Keratong, Pahang.

 

11.12 September 2023

Pematuhan Pekebun FGV Chuping, Perlis Bersama Pegawai Kawasan LPNM Negeri Kedah/Perlis.

 

12.30 Oktober 2023

Taklimat Integriti, Pematuhan Kad Perakam Waktu, Buku Log Kenderaan Pejabat LPNM Negeri Sarawak (Kuching dan Samarahan).

 

13.28 November 2023

Pematuhan Bersama BPU dan BKJ bagi Pengesahan Pembekalan Peralatan IAT Program CUP – Usahawan Fionanas Sdn Bhd di Petaling Jaya,  Selangor.

 

 

TATATERTIB

Bil.TarikhProgramTempat
1

Tiada

 

TiadaTiada

 

PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan goverman, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

Selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di bawah inisiatif 2.1.5, yang mewajibkan sektor awam dan inisiatif 6.2.1 yang mewajibkan Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP.

Bil.TarikhSiriTempatBil. Peserta
1TiadaTiadaTiadaTiada

 

  • Bidang keutamaan pembangunan OACP
  • Perancangan Dan Pembangunan Tanaman
  • Industri Asas Tani
  • Tadbir Urus
  • Kewangan Dan Perolehan
  • Pentadbiran

 

Status Pembangunan OACP Setakat November 2023

BilPerkaraBelum SelesaiSelesaiSasaran%
1Bidang Keutamaan 14.39.714

69.29

 

2Bidang Keutamaan 24.251.756

29.17

 

3Bidang Keutamaan 34.66.411

58.18

 

4Bidang Keutamaan 47.458.5516

53.44

 

5Bidang Keutamaan 57.411.619

61.05

 

 

Jumlah Keseluruhan Inisiatif

 

28

 

38

 

66

 

57.58

 

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 19 Mac 2024 pada 14:54:12

0642901
Total Visit : 642901
Who's Online : 8
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram