Logo-BM
MENU

Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi 

Profil Bahagian

LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah dipertanggungjawabkan dalam mengawal kualiti produk-produk keluaran industri dan memberi jaminan kepada “safety” produk-produk keluaran industri sama ada dalam bentuk yang telah diproses semi-proses atau segar.Ia meliputi aktiviti Makmal Kawalan Mutu yang telah diwujudkan semejak tahun 1957 dangan penubuhan Makmal Penggredan, di ikuti Makmal Mikrobiologi pada tahun 1992 yang terletak di bangunan lama LPNM iaitu Wisma SBBU. Pada tahun 1997 Makamal Kemia pula telah diwujudkan seirigan dengan penambahan skop aktiviti iaitu pembangunan dan penyelidikan produk-produk berasaskan nanas.Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti perkhidmatan, Makmal Kawalan Mutu telah berjaya mendapatkan pengiktirafan MS ISO 1900:2000 untuk 3 tahun berturut-turut iaitu 1999 hingga 2001. Kini Makmal Kawalan Mutu juga dalam proses untuk memdapatkan persijilan akreditasi MS ISO 17025:2005 bagi meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan terhadap perakuan sijil-sijil kualiti yang dikeluarkan disamping penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

VISI
Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.

MISI
Untuk diiktiraf sebagai pusat penghasilan kepelbagaian produk-produk berasaskan sumber nanas secara berkekalan, berterusan dan berdaya saing.

MOTO
“Komitmen Asas Kualiti”

KUALITI POLISI
Komited bagi memberi perkhidmatan pengujian pengesahan bagi produk keluaran industri nanas Malaysia yang memenuhi keperluan bertaraf antarabangsa.

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF KORPORAT
Membangunkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan perundangan, spesifikasi dan masa yang ditentukan.

OBJEKTIF UMUM
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan yang berterusan bagi mencapai tahap aduan sifar.

OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Bagi memastikan matlamat kualiti polisi tercapai, Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang boleh membantu dalam merealisasikan objektif-objektif berikut :-

  • Menyediakan perkhidmatan yang profesional bagi penyujian nanas dan produk nanas yang memenuhi keperluan, kegunaan dan tujuannya.
  • Menjalankan analisis yang profesional dan berkualiti.
  • Menjalankan analisis makmal yang memenuhi keperluan standard.
  • Memenuhi keperluan perundangan dan keperluan kemasyarakatan.
  • Meningkatkan keupayaan perkhidmatan menerusi latihan berterusan kepada anggota kerja dan memastikan sistem pengurusan kualiti difahami dan dilaksanakan.
  • Komited untuk mematuhi standard MS ISO/ IEC 17025:2005 dan membuat peningkatan berterusan.
Fungsi Bahagian
  • Merancang dan mengurus program pembangunan produk baru makanan dan bukan makanan serta kepelbagaian produk berasaskan nanas
  • Menjalin kerjasama dengan agensi penyelidik, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta dalam mempelbagai dan membangunkan produk baru berasaskan nanas
  • Menerbit dan menyalurkan penemuan baru kepada golongan sasar.
  • Khidmat nasihat teknikal berkaitan kawalan kualiti dan pembuatan produk kepada golongan sasar.
  • Fasilitator dalam program latihan teknikal pemprosesan dan pembuatan produk.
  • Menyediakan perkhidmatan analisis fizikal, mikrobiologi dan kimia serta analisis fakta nutrisi.
  • Merancang dan menyelaras program peningkatan kualiti produk berasaskan nanas.
  • Bertanggungjawab melaksanakan program sistem kualiti makmal
  • Merancang dan menyelaras program pembangunan standard produk industri
  • Membangunkan spesifikasi produk makanan berasaskan nanas
  • Kajian dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi dalam penghasilan benih nanas yang berkualiti
  • Kajian awalan ke atas sumber utama nanas untuk pembangunan produk makan dan bukan makanan serta meningkatkan tambah nilai produk sedia ada.
Video Bahagian
Aktiviti Teras

AKTIVITI TERAS

   1. ANALITIKAL DAN PEMBANGUNAN KUALITI
     i)PERKHIDMATAN ANALISIS KIMIA MAKANAN (FAKTA NUTRISI)
      a) Protein
      b) Kelembapan
      c) Keasidan Vitamin C & B
      d) Lemak
      e) Pepejal Larut
      f) Kandungan mineral
      g) Ash
     ii)PERKHIDMATAN ANALISIS PROXIMATE
      a) pH
      b) Ash
      c) Kelembapan
      d) Protein
      e) Lemak
      f) Acidity
     iii)PERKHIDMATAN ANALISIS MIKROBIOLOGI
      a) TPC (Total Plate Count)
      b) PDA (Yeast & Mould)
      c) BCA (Bacillus Aureus)
      d) Plat Sour
      e) E.Coli & Coliform
     iv)PERKHIDMATAN ANALISIS PENGGREDAN
      a) Nanas Kaleng
     v)PERKHIDMATAN ANALISIS TANAH
      a) Komposisi Tanah
     vi)PERKHIDMATAN ANALISIS BAJA
      a) Nitrogen
      b) Potasium
      c) Kalium
     vii)PERKHIDMATAN ANALISIS TRACE ELEMENT
      a) +- Cu / Fe / Pb
     viii)PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN
      a) Mikrobiologi
      b) Kimia
       
   2. PEMBANGUNAN PRODUK
     i)PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN BERASAKAN SUMBER NANAS
      a) Sos masam manis dengan buah pala
      b) Jem nanas dengan kayu manis
      c) Jem nanas dengan halia
      d) Jem nanas dengan lingzi
      e) Pineapple chocolate thruffle
      f) Dehydrated pineapple
      g) Jeruk nanas
      h) Jus
      i) Kordial
      j) Aiskrim topping nanas
      k) Granular Bar
     ii)PEMBANGUNAN PRODUK BUKAN MAKANAN BERASAKAN SUMBER NANAS
      a) Baja Organik
      b) Palet Makanan Haiwan
      c) Bromelin
     iii)PEMBANGUNAN & PENAMBAHBAIK TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN & PELEBELAN PRODUK-PRODUK IKS
     iv)KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL PEMPROSESAN PRODUK-PRODUK IKS
Dasar, Akta, Peraturan dan Pekeliling

DASAR, AKTA, PERATURAN & PEKELILING

   1.CODEX ALIMENTARIUS
   2.AKTA, 427 (AKTA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA 1957 (SERAHAN 1990)
   3.AKTA MAKANAN MALAYSIA, 1983 (PINDAAN 1985)
   4.OFFICIAL METHODS OF ANALYSIS OF AOAC INTERNATIONAL 17TH EDITION
   5.SPECIFICATION FOR PACKEGED PINEAPPLE JUICE MS 714:2001
   6.SPECIFICATION FOR PACKEGED CANNED PINEAPPLE MS 302:2003
   7.SPECIFICATION FOR FRESH PINEAPPLE MS 1041:2001
   8.MENUAL & PROSEDUR MS ISO 17025
Objektif Unit-Unit  Bahagian Pembangunan Produk & Bioteknologi

OBJEKTIF UNIT-UNIT BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN BIOTEKNOLOGI
UNIT PEMBANGUNAN PRODUK

  • Memperkukuhkan aktiviti pemprosesan berasaskan nanas dan mengembangkan kepelbagaian produk-produk industry nanas melalui program ‘product diversity’.
  • Meningkatkan daya saing produk dengan mengenalpasti tumpuan produk melalui pengkelasan ‘convenient food’, ‘functional food’ dan ‘food ingredients’.
  • Menjadikan produk keluaran PKS mempunyai nilai dan bersifat global supaya dapat memenuhi kriteria pengguna, khususnya di luar negara.
Aktiviti Seksyen

SEKSYEN KAJIAN INDUSTRI

Unit Pengembangan dan Komersial

  • Penambahbaikan produk agro nanas sedia ada
  • Pengoperasian pusat incubator dan pusat latihan LPNM
  • Pemantauan premis usahawan PKS
  • Menyediakan platform pengkomersilan bagi produk-produk inovasi agro nanas yang berpotensi

Unit Pembangunan Produk

  • Pembangunan produk agro nanas baru
  • Kajian yang berkaitan dengan pembangunan dan pemprosesan produk agro nanas
  • Memberikan kursus dan latihan pemprosesan produk dan khidmat nasihat

 

SEKSYEN MAKMAL KAWALAN MUTU DAN BIOTEKNOLOGI

  • Pengeluaran sijil kualiti dan sijil kesihatan bagi produk-produk berasaskan nanas
  • Menyediakan perkhidmatan analisis makmal yang memenuhi keperluan standard ISO 17025
  • Pemantauan spesifikasi buah nanas MD2
  • Pembangunan standard
  • Pengukuhan analisis makmal
Unit Makmal Kawalan
  • Meningkatkan kualiti produk melalui pembangunan spesifikasi yang menepati persijilan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan imej selaras dengan produk keluaran antarabangsa.
  • Menjamin kualiti produk-produk industri berasaskan nanas berada pada tahap yang memuaskan iaitu mengandungi bahan-bahan asli yang baik/tidak dicemari oleh mikrobiologi/logam berat berdasarkan kepada Akta Makanan Malaysia 1985 dan Standard Codex Alimentarious.
  • Menambahbaik teknologi analisis makmal sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi
  • Membolehkan kemasukan produk-produk usahawan ke pasaran premium melalui konsep persembahan dan kualiti yang diperlukan oleh pasaran.
Unit Bioteknologi
  • Membiak dan memulihara benih nanas sedia ada yang semakin pupus dengan menggunakan teknik tisu kultur dalam pembiakan benih nanas.
  • Menjalinkan kerjasama dengan institusi/agensi bioteknologi tempatan dan antarabangsa khususnya dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru produk-produk industri
  • Mempelbagaikan dan meningkatkan kualiti produk nanas dengan menggunakan teknologi baru dengan kadar kos yang optimum.
Carta Alir
Carta Organisasi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2024 pada 15:54:35

0642817
Total Visit : 642817
Who's Online : 7
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram