Logo-BM
MENU

Bahagian Pemasaran dan Industri Asas Tani (BPIAT) 

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA BAHAGIAN PEMASARAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BERJANJI AKAN SENTIASA KOMITED KEPADA PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN BERKESAN UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI DI BAWAH

1.Tempoh pemprosesan borang pendaftaran dan perakuan bertulis bagi permohonan usahawan bimbingan dalam masa tidak lebih dari tujuh (7) hari bekerja selepas borang diterima.
2.Memberi maklumbalas pertanyaan perdagangan dan pemadanan perniagaan dalam tempoh masa (3) hari dari tempoh kes dikemukakan.
3.Memberi maklumbalas aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
4.Memberi maklumbalas bagi permohonan lawatan ke premis di bawah seliaan BPIAT dalam tempoh masa (14) hari bekerja.
Visi
Penggerak utama menerajui pasaran industri nanas Negara di peringkat nasional dan global melalui usahawan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.
Misi

Memantapkan rangkaian pasaran industri nanas Negara dan meningkatkan pembangunan usahawan melalui peningkatan kualiti produk dan produktiviti usahawan.

Fungsi BPIAT
  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti berasaskan peraturan-peraturan perindustrian nanas (Pemasaran Eksport) 1959 dan program IAT di bawah MOA.

  2. Merangka dan melaksanakan program pasaran dan pembangunan usahawan yang meliputi pameran dan promosi dalam dan luar negara.

  3. Pemindahan teknologi (TOT), latihan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan pemprosesan, persijilan dan pemasaran dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.

  4. Pameran dan promosi nanas segar dan produk berasaskan nanas dalam serta luar negara.

  5. Pemudah cara berkaitan bidang keusahawanan.

  6. Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data usahawan, agropreneur muda dan maklumat pasaran.

  7. Menyelaras dan memantau usahawan, kilang, outlet, dan pusat informasi secara berkala.

  8. Pematuhan dasar, peraturan dan panduan program kilang bimbingan dan pusat inkubator.

  9. Menyelaras dan memantau usahawan, kilang, outlet, dan pusat informasi secara berkala.

Carta Organisasi

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2024 pada 15:54:35

0642846
Total Visit : 642846
Who's Online : 11
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram