Logo-BM
MENU

Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman

Latar Belakang

Semenjak tahun 1971 Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman diwujudkan bagi menjalankan salah satu fungsi LPNM melalui projek penanaman nanas sama ada pemberian geran bantuan atau pemberian insentif tanaman nanas. Perlaksanaan program tersebut adalah mengikut Akta Perindustrian Nanas 1957 dibawah Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun-Pekebun)1991[Pindaan 2011]. Usaha untuk memperluaskan kawasan tanaman nanas di kawasan baru yang berpotensi terutama tanah mineral merupakan salah satu strategi meningkatkan pengeluaran buah nanas berbanding sebelum ini lebih tertumpu di tanah gambut terutama di kawasan IADP Johor Barat. Walau bagaimanapun usaha tetap dijalankan untuk memperkukuh dan mengekalkan di kawasan sedia ada terutamanya di negeri Johor melalui pemberian insentif Rancangan Tanaman Semula (RTS) kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti penanaman nanas untuk pusingan kedua dan seterusnya setelah menerima insentif Rancangan Tanam Baru (RTB). Program bermula seperti berikut :-

  1. Pewartaan pembukaan permohonan.
  2. Pemberitahuan pembukaan permohonan dan penerimaan borang permohonan.
  3. Proses permohonan (kelulusan akan diberikan kepada permohonan yang telah memenuhi kriteria ditetapkan seperti status pemilikan tanah jelas atau mendapat kebenaran pemilik tanah)
  4. Proses bekalan bahan input pertanian termasuk bahan tanaman sekiranya layak dan mengikut prosedur bekalan yang ditetapkan LPNM.
  5. Laporan produktiviti dan hasil pengeluaran.

Selain daripada itu Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap program pengembangan dan khidmat teknikal yang merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan sejak tahun 1971. Fokus utama program ini adalah melaksanakan pemindahan teknologi kepada golongan sasar, melaksanakan program pembangunan insan dan menjalankan khidmat perundingan kepada industri. Program ini diadakan bagi membantu dan mendidik para pekebun kecil dan pengusaha nanas mempertingkatkan ilmu teknologi dan pengurusan tanaman nanas bermula daripada teknik-teknik penyediaan tapak, kaedah menanam yang betul, pemilihan benih bermutu, kawalan rumpai dan penyakit sehingga teknologi lepas tuai bersandarkan Amalan Baik Pertanian (ABP).

Pemindahan teknologi ini dilaksanakan kepada golongan sasar bertujuan untuk meningkatkan produktiviti terutama kepada pengusaha-pengusaha baru mahupun pengusaha persendirian untuk menyertai Rancangan Tanaman Baru. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tanaman nanas yang dijalankan di kalangan pengusaha nanas melalui penggunaan teknologi yang betul dan input pertanian yang berkesan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengeluaran nanas yang bermutu dan meningkatkan taraf sosioekonomi pengusaha nanas di negara ini.

Visi

Memperkasa Industri Penanaman Nanas Malaysia Yang Mapan Dan Berdaya Saing Di Peringkat Tempatan Dan Antarabangsa.

Misi
  • Meningkatkan Pengeluaran Nanas Negara.
  • Meningkatkan Pendapatan Penanam Nanas.
  • Penghasilan Nanas Yang Berkualiti Dan Selamat Dimakan.
  • Meningkatkan Kesedaran Penanam Nanas Terhadap Amalan Pertanian Baik (APB) Dalam Melaksanakan Penanaman Nanas.
  • Menyalurkan Teknologi Tanaman Nanas terkini secara berterusan kepada pengusaha nanas negara.
  • Melahirkan pengusaha nanas yang berdaya maju dan berdaya saing diperingkat tempatan dan antarabangsa.
Moto

Menjadi Yang Terbaik Adalah Komitmen Kami.
Being The Best Is Our Comitment”

Dasar Kualiti

Dalam usaha meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kami Anggota Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman komited menyalurkan insentif tanaman, pengetahuan dan bimbingan dengan efisien serta secara berterusan kepada pengusaha nanas bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Objektif

Projek penanaman nanas yang dirancang, dibimbing dan dilaksanakan di kawasan-kawasan baru di seluruh negara bagi mencapai objektif berikut :-

  1. Meningkatkan pengeluaran buah nanas yang berkualiti dan boleh dipasarkan sama ada di pasaran tempatan mahupun luar negara dengan kadar 6% setahun (DAN).
  2. Memajukan tanah-tanah terbiar dengan tanaman nanas secara berkelompok di samping memberi peluang pekerjaan baru kepada penduduk luar bandar melalui program penanaman nanas.
  3. Menyokong pertumbuhan industri nanas dari segi keperluan bekalan buah nanas ke kilang mengetin, IKS dan pengeksport nanas segar.
  4. Menyalurkan insentif tanaman, pengetahuan dan bimbingan teknologi pengurusan tanaman nanas (TOT) dengan efisien serta secara berterusan kepada penanam nanas.
  5. Menjana pendapatan pengusaha tanaman nanas ke tahap melepasi kadar nilai kemiskinan kebangsaan dan seterusnya ke arah komersial secara pendekatan mini estet.
  6. Meningkatkan kesedaran penanam nanas mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dan seterusnya mendapat pengiktirafan MYGAP.
Carta Organisasi
Fungsi Bahagian Pengembangan & Pembangunan Tanaman

Fungsi-fungsi bahagian dipertanggungjawabkan kepada 3 unit dibawahnya iaitu :-

Unit Pengembangan

  1. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran industri nanas dengan melaksanakan program pemindahan teknologi yang teratur dan efektif kepada penanam dan pengusaha nanas.
  2. Melaksanakan seminar, kursus Transfer of Technology (TOT) dan pembangunan insan kepada penanam dan pengusaha nanas untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh LPNM termasuk Amalan Pertanian Baik (APB).
  3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada penanam nanas diperingkat kebun (in-situ) melalui Penyelia Kawasan dan Pegawai Pengembangan.
  4. Membuat penilaian tahap pengetahuan dan penerimaan pemindahan teknologi kepada penanam nanas termasuk penyelia kawasan.

Unit Pembangunan Tanaman

  1. Merancang dan menyediakan sasaran keluasan penanaman nanas berdasarkan jumlah peruntukan tahunan yang diterima setiap tahun.
  2. Menggubal polisi dan menyelaras insentif tanaman nanas sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada sektor pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.
  3. Menyelaras dan memantau projek penanaman nanas LPNM sama ada dalam bentuk prestasi fizikal atau kewangan yang dilaksanakan Pejabat LPNM Wilayah dan Negeri mengikut peruntukan seperti berikut:
    1. Projek Bantuan Tanaman Nanas Bagi Ladang Di Bawah 15 Ekar
    2. Projek NBOS / Kelompok
    3. Projek Sistem Tanaman Berbilang
    4. Projek Ladang Kontrak
  4. Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran penanaman nanas mengikut Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 (peraturan 10 (1)) yang dilaksanakan Pejabat LPNM Wilayah dan Negeri.
  5. Menyelaras Pentadbiran Sistem Maklumat Industri Nanas (SMIN)

Unit Khidmat Sokongan & Statistik

  1. Menyediakan anggaran keperluan input pertanian termasuk benih nanas dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perolehan setiap tahun termasuk penyediaan spesifikasi, dokumen perjanjian dan lain-lain berkaitan.
  2. Menyelaras dan memantau aktiviti pengagihan input pertanian seperti baja, hormon aruhan pembungaan, racun dan lain-lain input mengikut keperluan semasa.
  3. Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran pembekal benih nanas yang dilaksanakan Pejabat LPNM Wilayah dan Negeri.
  4. Mengumpul dan mengemaskini data perangkaan yang berkaitan dengan keluasan tanaman nanas dan penanam nanas berdaftar LPNM.

Dasar, Akta, Peraturan & Pekeliling

  1. Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990) [Akta 427]
  2. Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 [peraturan 10 (1)]
  3. Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun-Pekebun) 1994 [Pindaan 2011]
  4. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008 : Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Secara Berhemah. Catitan: PPBil 5/1999 adalah dimansuhkan

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2024 pada 15:54:35

0642834
Total Visit : 642834
Who's Online : 4
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram