Logo-BM
MENU

PIAGAM PELANGGAN

“Kami mempunyai komitmen untuk memberi perkhidmatan dengan penuh kemesraan, prihatin, amanah, cekap dan menepati masa”

Kami berjanji untuk :

    1. Memberi kelulusan ke atas permohonan lengkap Skim Bantuan Penanaman Nanas dalam tempoh Enam (6) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    2. Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Pekilang Nanas dan Pekilang Kecil Nanas dalam tempoh Empat (4) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    3. Mengeluarkan sijil sebagai Pengangkut dan Penjual Nanas Segar dalam tempoh Satu (1) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    4.  Memperakukan dan meluluskan Approval Permit (AP) untuk mengeksport produk nanas, nanas segar dan ornamental dalam tempoh tidak melebihi Satu (1) hari bekerja.
    5. Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Pengeksport Nanas Kaleng dalam tempoh Satu (1) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    6. Mengeluarkan Sijil Perakuan kualiti/Sijil Kesihatan untuk produk-produk berasaskan nanas dalam tempoh Tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
    7. Memberikan Kelulusan ke atas permohonan sebagai usahawan berdaftar dalam tempoh Empat (4) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    8. Memberikan maklumbalas daripada pemantauan yang telah dibuat oleh pegawai ke premis usahawan dalam tempoh Satu (1) minggu selepas tarikh lawatan pemantauan.
    9. Memberi maklumbalas pemadanan perniagaan untuk produk segar dan IKS dalam tempoh Satu (1) minggu bermula dari tarikh permintaan.
    10. Cek bayaran dikeluarkan kepada semua syarikat dan orang perseorangan yang berurusan dengan LPNM dalam tempoh Satu (1) minggu daripada bil dan invois lengkap diterima.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 20 Mac 2024 pada 08:18:22

0644652
Total Visit : 644652
Who's Online : 3
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram