Logo-BM
MENU

Pelesenan & Inspektorat

Pendaftaran Sebagai Pengeksport

TAJUK/NAMA PROJEK
Pelesenan dan Penguatkuasaan

 

PUNCA KUASA

  • Akta Perindustrian Nanas 1957 – Seksyen 11
  • Peraturan Perindustrian Nanas (Pemasaran Eksport 1959)

 

KETERANGAN PROJEK
Mendaftarkan syarikat/koperasi sebagai pengeksport nanas kaleng/jus nanas/nanas kering bagi mengawalselia aktiviti pemasaran produk-produk berasaskan nanas sama ada dari segi kuantiti dan kualiti produk bagi memenuhi keperluan pasaran eksport.

 

OBJEKTIF
Memastikan pengeksport nanas kaleng dan jus nanas hanya mendapatkan bekalan nanas kaleng dan jus nanas dari kilang nanas berdaftar sahaja bagi menjamin kualiti eksport.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN & KELAYAKAN
Terbuka kepada Syarikat/Koperasi yang mengeksport nanas kaleng/jus nanas/nanas kering.

 

KAEDAH/CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengeksport menggunakan sistem atas talian (online) melalui portal BLESS iaitu https://www.bless.gov.my/bless/.
  2. Bayaran Deposit sebanyak RM2,000.00 dikenakan bagi pendaftaran pertama kali dibuat menggunakan transaksi atas talian (online banking) atas nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - No Akaun Bank Muamalat: 01010003431717.
  3. Bayaran deposit RM2,000.00 tersebut akan dikembalikan jika pengeksport tidak lagi aktif menjadi pengeksport nanas berdaftar. Sila kemukakan surat makluman pemberhentian beserta resit kewangan LPNM dan bukti pendaftaran dengan LPNM apabila menuntut kembali bayaran deposit berkenaan.
  4. Sila lampirkan bersama dokumen-dokumen berikut semasa mendaftar didalam sistem BLESS:-
    1. Bukti pembayaran deposit RM2,000.00
    2. Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
    3. Pembelian SSM e-Info dalam BLESS
  5. Pendaftaran ini perlu diperbaharui setiap tahun tanpa sebarang bayaran melalui notis pemberitahuan memperbaharui pendaftaran LPNM.
  6. Tempoh sah  laku  pendaftaran  adalah  bermula  dari  01 Januari  dan  berakhir  pada  31 Disember  setiap tahun.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN

CARA MEMOHON

DIMANA?BORANG?DOKUMEN?

Laman Sesawang LPNM

http://mpib.gov.my

 

Borang I

(Borang Pendaftaran Pengeksport) (Online)

Salinan Kad Pengenalan Pemohon

Laman Sesawang BLESS

https://www.bless.gov.my/bless/

 Bukti Bayaran Deposit RM2,000.00
 

 

 

Pembelian SSM e-Info
Pendaftaran Sebagai Pengangkut Dan Penjual Nanas Segar

TAJUK/NAMA PROJEK
Pelesenan dan Penguatkuasaan

 

PUNCA KUASA
Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979.

 

KETERANGAN PROJEK
Mendaftarkan Pengangkut/Penjual buah nanas sama ada syarikat/koperasi yang mengangkut buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan penjual buah nanas segar bagi mengawal selia perjalanan semua perkara berhubung dengan kegiatan pengangkut/penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas sepertimana dinyatakan dalam Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979.

 

OBJEKTIF
Mengawal selia perjalanan semua perkara berhubung dengan kegiatan pengangkut/penjual berdaftar yang berkenaan dengan industri nanas.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN
Terbuka kepada Pengangkut/Penjual buah nanas sama ada syarikat/koperasi yang mengangkut buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan penjual buah nanas segar.

 

KAEDAH/CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar sebagai pengangkut dan penjual menggunakan sistem atas talian (online) melalui portal BLESS https://www.bless.gov.my/bless/.
  2. Bayaran pendaftaran sebanyak RM20.00 dikenakan setiap kali pendaftaran dibuat menggunakan transaksi atas talian (online banking) atas nama Lembaga  Perindustrian  Nanas  Malaysia - No Akaun CIMB : 8601509846.
  3. Sila lampirkan bersama dokumen-dokumen berikut semasa mendaftar didalam sistem BLESS:-
    • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Bukti bayaran RM20.00
    • Pembelian SSM e-Info dalam BLESS
  4. Pendaftaran ini perlu diperbaharui setiap tahun melalui notis pemberitahuan memperbaharui pendaftaran LPNM.
  5. Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari 01 April dan berakhir pada 31 Mac setiap tahun.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN

CARA MEMOHON

DIMANA?BORANG?DOKUMEN?

Laman Sesawang LPNM

http://mpib.gov.my

 

Borang VI

(Borang Pendaftaran Penjual) (Online)

 

 

Salinan Kad Pengenalan Pemohon

Laman Sesawang BLESS

https://www.bless.gov.my/bless/

Borang VIII

(Borang Pendaftaran Pengangkut) (Online)

Bukti Bayaran Lesen RM20.00
 

 

 

Pembelian SSM e-Info

 

 

 

Pendaftaran Sebagai Pengilang Nanas

TAJUK/NAMA PROJEK
Pelesenan dan Penguatkuasaan

PUNCA KUASA

  1. Peraturan Perindustrian  Nanas (Kawalan Kilang Mengetin) 1959, [Pindaan] 1989
  2. Peraturan Perindustrian  Nanas ( Gred, Tanda  &  Label ) 1959
  3. Peraturan Makanan  Malaysia  1985
  4. Specification For  Canned  Pineapple  MS 302:2003
  5. Specification  For  Canned  Pineapple  Juice  MS 714:1981

 

KETERANGAN PROJEK
Mendaftarkan pekilang-pekilang yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan pengeluaran produk-produk berasaskan nanas sama ada menggunakan sepenuhnya atau sebahagian daripada hasilan ladang nanas. Mengawal pasaran buah nanas dan menjamin bekalan buah nanas ke kilang-kilang berdaftar dan mengawal kualiti produk yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan Akta dan Peraturan yang ditetapkan. 

 

OBJEKTIF

  1. Mengawalselia pasaran buah nanas pekebun kecil bagi tujuan pengetinan serta memantau harga dan kadar penolakan buah nanas pekebun kecil di kilang berdaftar.
  2. Mengawalselia kualiti pemprosesan hasilan memenuhi spesifikasi dan peraturan berikut:|
    • Peraturan Perindustrian Nanas (Gred, Tanda & Label) 1959
    • Peraturan Makanan Malaysia 1985
    • Specification for Canned Pineapple MS 302:2003
    • Specification for Canned Pineapple Juice MS 714:1981

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada pekilang yang memproses nanas kaleng atau produk hasilan berasaskan nanas.
  2. Bagi kilang yang memproses nanas kaleng(Kilang Nanas), pekilang/syarikat  hendaklah mempunyai  kawasan  penanaman  nanas  sekurang-kurangnya  600 hektar  iaitu bersamaan  dengan  1,500 ekar.
  3. Manakala bagi pekilang/syarikat yang memproses nanas kaleng tetapi tidak mempunyai kawasan penanaman nanas akan didaftarkan di bawah pendaftaran Kilang Kecil.
  4. Pekilang hendaklah  mempunyai  premis  yang  mematuhi  kehendak-kehendak minimum  bagi  tapak, susun  atur, pembinaan, loji, mesin  dan  kebersihan  sesuatu kilang  sepertimana  terkandung  di dalam Peraturan  Perindustrian  Nanas (Kawalan Kilang  Mengetin) 1959, [Pindaan] 1989.
  5. Pekilang  hendaklah  memenuhi  keperluan-keperluan  kawalan  kualiti  sekurang-kurangnya  Amalan Perkilangan Baik (GMP).

 

KAEDAH/CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu membuat permohonan secara manual dengan mengemukakan borang permohonaniaitu:-
    • Borang I (Borang Pendaftaran Kilang Nanas)
    • Borang IA (Borang Pendaftaran Kilang Kecil)
  2. Sila lampirkan bersama dokumen-dokumen berikut semasa membuat permohonan:-
    • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Profil Syarikat
    • Salinan sijil SSM
  3. Pendaftaran ini  tidak dikenakan sebarang bayaran.
  4. Pendaftaran ini perlu diperbaharui setiap tahun melalui notis pemberitahuan memperbaharui pendaftaran LPNM.
  5. Tempoh sah laku pendaftaran adalah bermula dari 01 April dan berakhir pada 31 Mac setiap tahun.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN

 

CARA MEMOHON

DIMANA?BORANG?DOKUMEN?

Laman Sesawang LPNM

http://mpib.gov.my

 

Borang I

(Borang Pendaftaran Kilang Nanas)

 

 

Salinan Kad Pengenalan Pemohon
 

Borang IA

(Borang Pendaftaran Kilang Kecil)

Profil Syarikat
 

 

 

Salinan Sijil SSM
Pengesahan Permit Eksport Nanas Kaleng

TAJUK/NAMA PROJEK
Pelesenan dan Penguatkuasaan

 

PUNCA KUASA

  1. Peraturan Perindustrian  Nanas (Pasaran  Eksport) 1959
  2. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.

 

KETERANGAN PROJEK
Meluluskan permohonan permit eksport (AP) dari Pekilang/Pengeksport yang berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi tujuan pengeksportan produk-produk nanas kaleng atau jus nanas.

 

OBJEKTIF
Untuk memberikan kelulusan ke atas permohonan AP eksport produk-produk nanas kaleng atau jus nanas.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada Pekilang/Pengeksport yang telah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
  2. Mengeksport produk-produk nanas kaleng atau jus nanas  sahaja.

 

KAEDAH/CARA PERMOHONAN

  1. Syarikat hendaklah mendaftar sebagai  Pengeksport  berdaftar  dengan  LPNM.
  2. Permohonan AP hendaklah menggunakan sistem  atas talian (online) melalui laman web sistem e-permit, https://epermit.dagangnet.com yang  disediakan  oleh  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Bhd.
  3. Syarikat hendaklah  mendaftar  terlebih  dahulu  dengan  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Bhd.  bagi  mendapatkan  nama  ‘user’  dan  ‘password’  sebelum  dibenarkan  akses  ke  dalam  sistem  e-permit.
  4. Tempoh  sah  laku  permit  eksport (AP) nanas kaleng adalah lima (5) hari  daripada  tarikh  permohonan  eksport  dibuat.

 

CARTA ALIR

CARA MEMOHON

DIMANA?BORANG?DOKUMEN?

Laman Sesawang LPNM

http://mpib.gov.my

 

Pengisian Secara Online

 

 

Profil Syarikat

Laman Sesawang Dagang Net

http://www.dagangnet.com/

 

Salinan Sijil Pendaftaran Pengeksport

 

 

 

 

 

 
Permohonan Permit Eksport Nanas Segar, Ornamental, Sulur

TAJUK/NAMA PROJEK
Pelesenan dan Penguatkuasaan

PUNCA KUASA

  1. Peraturan Perindustrian  Nanas (Pasaran  Eksport) 1959
  2. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.

KETERANGAN PROJEK
Meluluskan permohonan permit eksport (AP) dari Pengangkut dan Penjual  yang berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi tujuan pengeksportan nanas segar, ornamental dan sulur nanas.

OBJEKTIF
Untuk memberikan kelulusan ke atas permohonan AP eksport nanas segar / ornamental / sulur.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada /syarikat yang telah berdaftar sebagai Pengangkut/Penjual dengan Lembaga  Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
  2. Mengeksport nanas segar, ornamental dan sulur nanas sahaja.

KAEDAH/CARA PERMOHONAN

  1. Syarikat hendaklah mendaftar sebagai  Pengangkut/Penjual berdaftar  dengan  LPNM.
  2. Permohonan AP hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui  laman web sistem  e-permit,  https://epermit.dagangnet.com yang  disediakan  oleh  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Bhd.
  3. Syarikat hendaklah  mendaftar  terlebih  dahulu  dengan  Syarikat  Dagang  Net  Technologies  Bhd.  bagi  mendapatkan  nama  'user'  dan  'password'  sebelum  dibenarkan  akses  ke  dalam  sistem  e-permit.
  4. Tempoh sah laku  permit  eksport (AP) nanas segar adalah dua belas hari (12) hari, ornamental dan sulur nanas adalah lima (5) hari  daripada  tarikh  permohonan  eksport

CARTA ALIR PERMOHONAN

CARA MEMOHON

DIMANA?BORANG?DOKUMEN?

Laman Sesawang LPNM

http://mpib.gov.my

 

Pengisian Secara Online

 

 

Profil Syarikat

Laman Sesawang Dagang Net

http://www.dagangnet.com/

 Salinan Sijil Pendaftaran Pengangkut & Penjual
 

 

 

 

 

 

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 19 Mac 2024 pada 14:54:12

0642930
Total Visit : 642930
Who's Online : 9
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram