Logo-BM
MENU

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NANAS

Pembangunan Teknologi

Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN) menjalankan pengurusan tanaman mengikut kaedah petak pengamatan di ladang yang merangkumi berdasarkan kepada tahap potensi sesuatu baka variety nanas, Ketahanan fizikal tumbuhan, kepadatan tanaman dan juga kaedah pembiakan benih yang dijalankan seperti pembiakan secara tampang, penyukuan dan pembiakan benih tanpa buah.

Secara keseluruhannya, pemerhatian dilakukan berkisar kepada pelbagai aspek Teknologi yang bertujuan mendapatkan maklumat dan input baru untuk Penambahbaikan Teknologi mahupun mengatasi masalah semasa. Hasil pemerhatian yang konsisten akan memberikan faedah besar kepada Industri Dan Pekebun Kecil dalam bentuk syor teknologi yang boleh digunapakai secara praktis.

Kepadatan Tanaman di ladang BPTN mengikut  per ekar atau hektar bergantung kepada objektif projek , jenis baka , sistem  dan jarak tanaman. Kelebihan bagi sistem tanaman tunggal adalah seperti berikut:

Jarak Tanaman

Kepadatan Tanaman

Per Hektar

Kepadatan Tanaman

Per Ekar

90cm  x 60cm x 30cm

(3’ x 2’ x 1’ )

43,500 Pokok17,424 Pokok

120cm x 60cm x 30 cm

(4’ x 2’ x 1’)

36,250 Pokok14,500 Pokok

 

Tanaman kepadatan tinggi > 50,000 pokok sehektar (20,000 pokok per ekar) boleh menyumbangkan kepada peningkatan hasil yang memuaskan dan berkualiti dengan pengurusan yang sempurna. Bagi keluasan yang kecil amat berguna untuk meningkatkan pendapatan dan penghasilan.

Pembiakan Benih

Pembiakan benih membawa maksud satu proses bagi memanjangkan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan. Pembiakanbenih yang berterusan akan memastikan pokok-pokok atau spesis tertentu dapat terus wujud. Ini dapat mengelakkan daripada kepupusan spesis. Ia juga akan menggandakan kewujudan sesuatu spesis tumbuhan.

Pembiakan benih terdiri bahagian tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur udara atau sulur tanah. Pilih benih dari pokok induk yang mempunyai ciri-ciri seperti pokok sihat dan subur, berbuah besar , bertangkai pendek dan tegap serta berjambul tunggal. Kecekapan dalam pemilihan benih akan meningkatkan hasil sehingga 15-25%.

Pengambilan Benih dengan mengutip benih setelah mencapai saiz 30-60 cm (1'-2') panjang iaitu lingkungan dari tarikh memetik. Benih dikelaskan.

Teknik Pembiakan benih secara Penyukuan.

Teknik penyukuan nanas bagi tujuan mendapatkan kuantiti anak benih yang banyak telah diaplikasikan diladang BPTN. Tujuan utama teknik ini adalah untuk meningkatkan kualiti benih nanas. Teknik penyukuan dan keratan batang nanas ini boleh diaplikasikan pada bahagian jambul, tangkai, batang, buah dan slip daun. Ianya sebagai satu penyelesaian jangka panjang kepada masalah kekurangan anak benih nanas. Kadar pertumbuhan boleh mencapai 80-90% bergantung kepada cuaca dan bahan tanaman.



Teknik penyukuan


Teknik pembiakan benih secara keratan batang


Racun kulat dan serangga untuk rawatan benih

 

 

PENGURUSAN PEMBIAKAN BENIH TANPA BUAH

Pokok nanas MD2 yang telah dihormon peringkat (umur 45 hari ) mengeluarkan putik buah.

kemudian pokok nanas akan dipangkas / dicincang menyerong 45 darjah dengan ketinggian 1 kaki dari tanah. Ini bertujuan untuk penghasilan benih sulur tanah dan sulur angin.

 

Daun pokok nanas yang telah dicincang ditabur atas lorong barisan antara pokok untuk mengurangkan pertumbuhan rumpai.

Selepas dipangkas / dicincang dalam tempoh 2 hari , aplikasi penggunaan baja semburan larutan Bordeaux miture sebanyak 100ml per pokok. Semburan dibasah menyeluruh pada pokok bertujuan menggalakkan pertumbesaran benih baru dan juga membantu mengelakkan daripada serangan penyakit.

Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, kelihatan benih sulur telah tumbuh dicelah kelopak daun induk nanas. Pokok induk akan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 sulur atau lebih bergantung pada saiz pokok induk bagi pembiakan benih.

Dalam tempoh 2 bulan, sulur angin / udara boleh dikopek mengikut saiz yang diperlukan.

 

Benih sulur yang telah dikeluarkan dari pokok induk, akan dikeluarkan dan diikat untuk dibekalkan kepada pekebun atau pengusaha yang berdaftar dengan LPNM.

Pembangunan/Penyelenggaraan Tanaman

Komponen utama penekanan dalam strategi yang berkesan dalam mentransfromasi teknologi baru di dalam penanaman nanas adalah menerusi model penanaman secara komersil. Dengan penubuhan Bahagian Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas  , aktiviti pembangunan ladang komersil nanas mempunyai motif yang jelas untuk menghasilkan model penanaman komersil berteknologi tinggi yang akhirnya akan diterapkan kepada pengusaha tanaman nanas tempatan.

Pendekatan ini juga dapat memberi penyampaian maklumat data pengeluaran buah nanas yang dibuat secara komersil dan perbandingan hasil mengikut variety. Ianya boleh dijadikan sebagai pengukur atau standard bagi membandingkan hasil tanaman yang dikeluarkan oleh pekebun nanas

Pekebun atau Usahawan akan dibawa untuk melihat model BPTN dengan menjalani latihan hands di samping penyampaian teori sebagai pengetahuan. Dalam hal ini, bagi tujuan memastikan model penanaman secara komersil ini kekal serta unggul selaras dengan teknologi pengurusan tanaman yang diperkenalkan maka penyelenggaraan tanaman mestilah dilakukan dengan cekap,teratur dan sistematik. Dengan demikian, projek pembangunan penyelenggaraan tanaman ini dilaksanakan bagi memastikan keunggulan model yang boleh diteladani.


Infrastruktur Ladang

Infrastruktur ladang adalah antara faktor penting dan penentu kejayaan sesuatu projek yang diusahakan, tanpa kemudahan ini projek kurang berdaya maju dan akhirnya mengalami kegagalan. Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang mendorong kepada keselesaan proses pengeluaran. Infrastruktur ladang BPTN merupakan faktor utama dalam aktiviti-aktiviti perladangan atau pengurusan  pertanian.

Keperluan asas bagi infrastruktur ladang BPTN akan melibatkan kos pembangunan ladang dari segi komponen infrastruktur ladang seperti jalan ladang, pembentungan pagar ladang, perparitan, kolam tadahan, sistem pengairan renjis, papan tanda,  nuseri tapak semaian,  Stor ladang,  tandas awam dan pusat pengumpulan benih dan buah.

 

Jalan ladang

Jalan ladang adalah infrastruktur yang penting dari awal peringkat pembangunan ladang sehingga ke peringkat pengeluaran hasil. Jenis jalan yang disyorkan bergantung kepada saiz ladang yang hendak di bangunkan. Bagi kawasan tanah seluas 10 ekar laluan  jalan sempadan ladang hendaklah dibina. Jalan sempadan ini akan memudahkan pengurusan ladang ,pengangkutan input di lakukan .  Jalan kecil (3.65m lebar) bagi setiap 1 ekar kawasan  bagi memudahkan kerja mekanisasi ladang seperti pengangkutan buruh dilakukan. Jalan yang dibina hendaklah bersesuaian dengan kerja-kerja ladang . Jenis dan ukuran jalan pertanian  adalah seperti  berikut:

Jenis JalanUkuran Lebar Jalan

Jalan Pertanian

(tiada bahu jalan)

3.65 meter  (12 kaki )
Jalan Utama4.60  meter  (15 kaki )

 

Pusat Pengumpulan Benih Dan Buah

Ia merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian yang dibina dikawasan ladang BPTN bertujuan untuk menyediakan kemudahan untuk mengumpulkan hasil lepas tuai dan menambah nilai hasil pertanian melalui penggredan, pelabelan dan pembungkusan kepada pengeluar.

Pagar

Dibina untuk mengelakkan daripada pencerobohan atau gangguan manusia, binatang ternakan atau haiwan liar yang boleh merosakkan tanaman atau kemusnahan tumbuhan.

Sistem Pengairan Renjisan

Pengairan merupakan satu kaedah pembekalan air kepada tanah supaya tanah mendapat     kelembapan secukupnya bagi pertumbuhan pokok yang sempurna. Menjamin pertumbuhan pokok agar tidak terganggu dimusim kemarau.

Pengairan renjisan sesuai digunakan untuk tanaman sayuran dan tanaman

kontan, dimana kepadatan tanaman adalah tinggi

Nuseri Tapak Semaian

Kawasan semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok ditempatkan sebelum  ia ditanam ditempat yang kekal. Anak-anak pokok yang digunakan untuk membiak-baik tanaman, membesarkan anak benih dan seterusnya persediaan anak benih  dibiak atau dibeli dan dijaga sehingga ia cukup besar untuk dijual atau ditanam di tempat yang kekal. Di tapak semaian, anak-anak pokok dapat dijaga dengan rapi dan pemilihan dibuat untuk mendapatkan pokok-pokok yang sihat.

Setor ladang

Merupakan tempat penyimpanan kegunaan input pertanian yang terdiri daripada baja tumbesaran, bahan kimia (racun), Silvershine (plastic penutup bumi), bakul, mesin tekanan tinggi, dan sebagainya.

Setor ladang merupakan aset utama dalam satu ladang untuk mendapatkan MYGAP (Malaysian Good Agriculture Practice). Setor ladang hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan iaitu berkunci ,ruangan sempadan yang luas untuk penyimpanan terdiri daripada peralatan ladang, baja , bahan kimia (racun) , ruangan pengudaraan yang luasdan sebagainya. Di samping itu, perlu ada papan tanda keselamatan bagi tatacara penggunaan setor ladang.

 Sistem Perparitan

Di kawasan tanah gambut, sistem perparitan perlu dibina lebar dengan lebih berhati-hati mengikut kesesuaian kawasan khususnya pada aspek saiznya (kedalaman dan lebar). Ini bertujuan mengelakkan tanah kawasan berkenaan menjadi terlalu kering dan sebaliknya.Sistem saliran yang tidak dirancang dengan baik akan mempercepatkan proses penyusutan paras air yang boleh mengakibatkan tanah kekeringan berterusan dan menyebabkan pertumbuhan pokok akan terganggu.

i)Parit Besar

  • Bertujuan untuk menyalurkan air ke sungai atau ke laut
  • Dimensi parit adalah 150 cm (Lebar atas) x 120 cm (Dalam) x 120 cm (Lebar bawah)

ii)Parit Sekunder

  • Bertujuan untuk mengalirkan air ke parit besar dan sebagai sumber air dalam pengurusan tanaman
  • Dibuat keliling sempadang ladang atau setiap 10 rantai
  • Dimensi parit adalah 120 cm (lebar atas) x 90 cm (Dalam) x 90cm (Lebar bawah)

iii)Parit Ladang

  • Dibuat sekiranya perlu untuk mengeluarkan air ke parit sekunder
  • Parit jejari dibuat dengan jarak 5 rantai atau mengikut keperluan.
  • Dimensi parit adalah 90cm(lebar atas) x 60cm(dalam) x 60cm (Lebar bawah)


Kolam Tadahan

Tapak untuk menggali kolam perlu dikenalpasti berpotensi untuk membekalkan air ke kebun terutama di waktu musim kemarau. Kawasan rendah, berpaya dan berhampiran punca air di gali menggunakan mesin JCV atau Kobe atau RB mengikut saiz yang diperlukan.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Talian Pantas : 07-236 1211 / 07-236 1012
No Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
umum[at]mpib[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

Tarikh Kemaskini: 19 Mac 2024 pada 14:54:12

0642957
Total Visit : 642957
Who's Online : 7
© 2022 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
chevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram